Hati-Hati! Adakah Kita Tergolong Dalam Individu Yang Suka Putuskan Hubungan Silaturahim?

 

Hubungan persaudaraan antara kita semua memang perlu di eratkan, terutamanya bagi mereka yang sudah berkeluarga. Sebagai muslim, sudah sedia maklum dengan firman Allah SWT…

“…Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu…” (An-Nisa’: 1)

Ia juga dimurka Allah dan akan mendapat laknat daripada-Nya, sebagaimana daripada firman-Nya;

“(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Muhammad: Ayat 22-23)

Begitu besarnya dosa kita apabila cuba memutuskan hubungan silaturrahim antara ibu dan anak-anak, antara adik-beradik, antara suami dan isteri, antara saudara mara dan seumpama dengannya.

Ciri-ciri mereka yang suka memutuskan hubungan silaturrahim ini adalah…

1. Hatinya tidak pernah tenang dan tenteram.

Individu yang dengki atau suka melihat hubungan terputus ini sebenarnya memiliki hati yang tidak pernah tenang malah tenteram. Walaupun gembira dan bahagia melihat hubungan orang lain yang berantakan, tetapi hatinya sentiasa gelisah. Lebih gelisah apabila melihat hadirnya seseorang yang cuba menjaga hubungan silaturrahim tersebut.

Hatinya meronta-ronta mahu semua orang disekeliling juga tidak suka dengan hubungan tersebut.

2. Berbaik kerana agama membuatkan dirinya merasa sangat jengkel.

Sebagai contoh;

“Eleh, kau ni berbaik dengan dia sebab selalu pergi kelas agama je. Selalunya orang alim ni, bukan baik sangat pun..”

Dirinya tidak pernah percaya bahawa dengan berlandaskan agama akan membuatkan hubungan sesama manusia menjadi baik. Bagi mereka, kalau nak jadi baik tidak perlu gunakan agama sebagai alasan.

3. Tidak pernah mengambil berat tentang hubungan saudara yang lain.

Bukan sahaja suka memutuskan hubungan kekeluargaan, individu ini juga mempunyai ciri-ciri tidak senang dengan hubungan saudara yang lain termasuklah sahabat handai. Habis semua hubungan di sekelilingnya mahu diputuskan. Pendek kata, dia lah punca, dia lah batu apinya.

4. Mempunyai penyakit hati.

Selalunya individu yang suka memutuskan hubungan kekeluargaan ini mempunyai penyakit hati. Hati yang tidak bersih, kemungkinan besar kesan daripada kisah silamnya sendiri. Individu ini tidak dapat menerima hakikat hidupnya sendiri dan mahukan balasan yang setimpal sama dengan orang sekelilingnya.

Dia tidak mahu sakit keseorangan.

5. Tiada kesan apabila dibacakan hadith atau ayat-ayat Al-Qur’an.

Bahayanya apabila seseorang mempunyai penyakit hati kerana dirinya seolah-olah tidak terkesan dengan segala bacaan hadith dan juga ayat Al-Qur’an.  Malah hanya menganggap ianya bukan dosa kerana mahu memuaskan dirinya sahaja.

Individu ini juga akan menyalahkan takdir, dan menganggap Allah SWT tidak pernah adil dengan hidupnya.

Allahuakbar.

Hindarilah diri kita daripada memiliki ciri-ciri ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen