Penat Lelah Seorang Suami Yang Jarang Diperkatakan, Sama-Sama Kita Fahami.

 

Selalu bukan kita dengar pengorbanan seorang isteri dan juga ibu ini. kehebatan mereka juga sering kali diperkatakan dari dahulu sehingga la masa kini. Bermula dengan kehebatan menguruskan rumah, mengandung dan melahirkan, isteri sememangnya seorang wanita yang hebat. Namun begitu, jangan kita melupakan pengorbanan seorang suami yang turut sama berkorban untuk isteri dan anak mereka.

Mungkin penat lelah mereka ini tidak sama dengan si isteri, tetapi tanpa bantuan mereka ini belum tentu kita mendapatkan keselesaan seperti hari ini. Apa yang kita ada hari ini adalah penat lelah seorang suami.

Sedikit kisah penat lelah seorang suami yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin ini akan membuat kita rasa bersyukur mempunyai suami yang bertanggungjawan terhadap keluarga.



Jadi suami ni tak susah, namun tak jugak senang...

Pagi-pagi buta dah keluar bekerja mencari rezeki, setiap hari selagi masih sihat tubuh badan. 6.30 pagi keluar rrumah dalam keadaan luar gelap lagi. Bawak moto 30 to 40 minit baru sampai tempat kerja. Dalam perjalanan tu, dia punya sejuk tak payah nak kata la, sampai ke tulang. Subuh kot... beku muka dengan tangan...



Itu belum lagi bawak moto ketika hari hujan.

Sampai tempat kerja, DAH LETIH. Tak mula buat kerja lagi, tapi dah letih. Bukan senang travel hari-hari berpuluh-puluh, beratus-ratus kilometer, selama 30-40 minit perjalanan.

Kereta ada, tapi bagi isteri guna. Tak pun kalau tak ade orang guna tetap naik moto sebab bawak kereta ulang alik ke tempat kerja, kosnya tinggi dan jem lagi.

Maka buatla kerja satu demi satu mengikut arahan...kalau takbtol, kena marah, kena maki dan kena buat lain. Kalau tak siap, tak boleh balik. Ada kerja yang simple, ada kerja yang rumit. Ada kerja yang menggunakan fizikal, ada kerja yang menggunakan mental.

Penat fizikal, penat mental...



Sampai je rumah, baru turun moto, tak sempat masuk dalam rumah lagi, anak-anak dah ajak kalauar ronda, isteri dah suruh keluar beli barang...seharian dah letih bekerja, seharian dah kena buat macam-macam, tapi turuntukan juga kehendak anak-anak, permintaan isteri, ayan anak-anak, layan isteri.

Malam-malam nak rehat, nak tenangkan fikiran dan badan, anak-anak datang melompat, bergaduh berebut mainan dan sebagainya. Allah, rasa macam nak meletup pun ada, nak tengok tv pun tak senang...

Tapi itulah, nak cakap lebih-lebih pun, pengorbanan seorang suami tu selalunya jarang didendang atau diceritakan. Bagi suami-suami diluar sana, apa yang kita buat sekarang ni dinamakan tanggungjawab kepada keluarga.

Tak larat macam mana pun, usahakan jugak bagi larat, bagi kuat. Apa yang kita buat ni akan disoal di akhirat, maka jangan biarkan kita tergagap-gagap depan Allah disebabkan kita dah menyerah atau mengalah untuk menjadi seorang suami dan seorang ayah masa didunia.

Nota Kaki : Cubalah yang terbaik untuk menjadi seorang suami dan ayah. InsyaAllah ganjaran yang setimpal menanti kita disana kelak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,502 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen