Perkahwinan Yang Hambar Masih Bisa Diberikan Nyawa Dan Cahaya, Cuma Perlu Kena Caranya.

 

Masalah dalam rumahtangga ini kadang kala adalah berpunca dari pasangan suami isteri itu sendiri. Biasanya bila berlaku masalah dalam hubungan tersebut, kedua-duanya tidak tahu bagaimana untuk berdamai dan mengamankan hubungan. Apa yang mereka penting adalah ego dan perasaan mereka sendiri.

Itu yang si suami lebih suka buat hal sendiri dari terus bertekak, manakala si isteri pula bermain dengan perasaan mereka seolah-olah mereka ditindas. Dari masalah yang kecil boleh jadi besar, dari penuh senda gurau kini senyap dengan hal sendiri.



Masalah dalam perkahwinan ini cepat sangat merebak dan melarat jika anda tidak tahu bagaimana nak tangani dan memahaminya. Mari sama-sama kita baca nukilan yang dikongsi oleh Safura Ahmad Sharkawi. Semoga bermanfaat.

Ramai lelaki stress bila berdepan dengan isteri yang juga stress kerana mereka tak tahu bagaimana nak react dan tak tahu nak buat apa. Bukan juga kerana mereka sememangnya berhati kering seperti yang isteri mereka sangka.

Ia umpama mereka tak ada ‘tools’ macam mana nak membaiki kereta.

Tak ada ‘tools’ bagi lelaki satu yang mengecewakan terhadap diri sendiri. ‘Macam mana aku boleh tak tahu nak handle bini aku sendiri?. arghh!!’. Lebih kecewa dalam mereka sedang bergelut dengan self blaming, diasak pula dengan arahan-arahan, tuduhan-tuduhan, kecaman-kecaman yang sangat menikam hati perasaan.



Umpama pahlawan yang menghampiri kekalahan, strategi paling utama ialah menyelamatkan diri dulu dari medan peperangan. Cari ruang fikir nak buat apa. Tapi selalunya buntu sebab tak banyak maklumat tentang menangani isteri. Isteri orang tak sama macam isteri sendiri. Jadi tools tu ada sedikit berbeza. Perang paling bahaya ialah perang dengan bini sendiri. Nak berdamai pulak tak berapa nak reti.

Cara paling konvensional kini ialah ambil kunci kereta dan pergilah mana-mana. Cara paling klasik masa kini ialah capai handphone dan buat la apa saja, main game, googling, chatting, phone shaking, baca Quran di hp ataupun tekan-tekan skrin yang mengganti tasbih digital.

Apa saja asal dapat divert dari serangan bertubi-tubi. Perempuan kalau dah stress kalau tak guna kekerasan atau ugutan memang diorang la menang. Suami takde can.

Kebanyakan suami dalam pada dia divert focus ke hp dia juga sebenarnya sedang menahan diri dari bertindak kasar. Kalau ikut naluri kehaiwanan macam si #atan memang dah mencakar. Tapi mereka masih mengawal kewarasan. It is not easy.

Yang perempuan nampak ialah suami acuh tak acuh, suami tak prihatin, suami tak peduli, suami tak empati, suami ada yang lain.. dan lain-lain. Sebab bila perempuan stress dia dah tak peduli keliling sangat dah. Badan dah tukar kaler hijau. Semua fakta tak dapat dinilai dikira lagi. Perkataan dia pun dan berbeza, semua main pukul rata.

‘ ahh.. awak memang..’

‘ alaah.. awak pun sama macam lelaki lain..’

‘ huh.. awak tak pernah...’

‘ heh! awak selalu..’

Semua pukul rata. Generalization. Sedangkan semua itu tak tepat samasekali. Tapi apa kisahkan? Hati dah geram. Serang ajelah guna apa senjata yang ada. Hahahaha. Ketawa jahat. Tak baik tau.

Di sini bermula sebuah perpisahan. Berpisah perasaan mula-mulanya. Prosesnya berterusan dan dalam tak disedari. Bagai penyakit kanser yang menyerang dalam diam. Ia menular pada berpisahnya fikiran. Pasangan dah tak kongsi rasa dan fikiran yang sama. Lama kelamaan berpisah badan. Suami tidur depan TV, isteri tidur dengan anak-anak. Cuma bila keperluan biologi mencanak, menyelinap masuk bilik berlebih kurang dan keluar semula tidur depan TV. Macam orang mengigau dalam tidur. Badan tak dikontrol oleh fikiran dan emosi.

Itu oke lagi masih dapat disalur keperluan batiniah biarpun dalam mode mengigau. Kalau asyik mode tepis di situ pula muncul isu kecurangan. Memang salah, tapi technically kita bertanya soal dimana nak selesaikan keperluan tu?



Another issue arise. It start getting complicated bila melibat orang ketiga. On both sides.

Kanser perkahwinan ni cepat pergi ke stage seterusnya kalau tidak ditangani segera. Ada perkahwinan dah mati pun tanpa disedari pasangan itu sendiri. Yang berjalan tiap hari dalam rumah buat kerja sendiri itu ialah dua orang zombie. Nak menggigit aje.

Sebenarnya masih ada penawar pada semua itu. Perkahwinan hambar ini masih bisa diberikan nyawa dan cahaya.
Tapi itulah, alangkan sakit fizikal kena jumpa doktor untuk diagnose sebelum bagi penawarnya. Apatah lagi sakit rumahtangga begini. Kena la jumpa doktor cinta.

disclaimer: Ini bukan generalisasi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,251 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen