Rumah Tangga Semuanya Perlu Dimulakan Dari ‘KITA’ Sendiri.

 

“Rumah Tangga Bukan Tentang Pasangan Perlu Terima Kita Seadanya, Tetapi Lebih Kepada Kita Yang Perlu Cuba Terima Dia Seadanya…”

Bagi anak muda yang mahu menamatkan zaman bujang dan melangkah ke alam rumah tangga, perlu diingatkan, semuanya bermula dari diri ANDA sendiri.

Pada awal perkahwinan dimana ia adalah fasa bulan madu, sudah tentu semuanya kelihatan indah sahaja. Tidak nampak langsung cacat cela pada pasangan, pasangan kentut pun tak bau busuk. Air liur meleleh dikala bangun pagi pun nampak cantik/kacak dimata.

BILA DAH LAMA KENAL, SEMUANYA TIDAK KENA PADA PASANGAN.

Namun, semuanya berubah apabila sudah mengenali pasangan dengan lebih lama. Semuanya serba-serbi tak kena. Tiba-tiba terlalu banyak perbalahan. Apabila ada sahaja perbezaan pendapat, dalam fikiran mahu berpisah.

“Nak cerai!”

Yang si suami mungkin menyampah melihat muka isteri.

Si isteri pula asyik sebut perkataan ‘berpisah’ dan ‘bercerai’. Sebab itu kuasa talak pada suami, kalau pada isteri, berapa kali bercerai pun tak tahu. Lihat sahaja ketika bercinta, siapa sahaja yang sering mengungkapkan kata putus?

Akan tetapi, apabila kata putus sudah diungkapkan, terasa berat untuk berpisah.

Masing-masing masih lagin ingin bersama.

Kenapa?

Kerana kalian masih lagi ingin selamatkan hubungan. Bukan kerana cinta atau sayang seratus peratus, tetapi tidak mahu berpisah hanya kerana saling memerlukan.

JANGAN PENTING DIRI TAPI MULAKAN DARI DIRI ‘KITA’.

Apabila perasaan ‘memerlukan’ sangat kuat dalam diri masing-masing, anda dan pasangan perlu tahu, semuanya bermula dari dalam diri sendiri.

Isteri jangan terlalu meletak harapan suami akan berubah.

Suami pun jangan terlalu meletak harapan isteri akan berubah.

Mulakan dari diri ANDA sendiri.

Masing-masing perlu faham sikap dan perangai antara satu sama lain, kerana hakikatnya bukan persamaan yang membuat diri kalian serasi, tetapi mungkin perbezaan yang membuatkan kalian melengkapi.

Faham ego pasangan macam mana…

Faham waktu bagaimana pasangan akan mula tidak selesa…

Faham waktu bila mahu meluahkan perasaan…

Faham untuk tidak merajuk sepanjang masa…

Faham untuk tidak melempiaskan panas baran pada hal remeh semata…

Jangan terlalu suka mengungkapkan…

“Dah lama kan kita kahwin, awak kena la terima saya ni seadanya. Awak kena la bersyukur dengan sikap saya macam ni, kalau tak suka, baik tak payah kahwin..”

Jangan terlalu cuba untuk mempertahankan hak sendiri….

Jangan terlalu fikir dah berapa banyak kita ‘memberi’ tetapi pasangan tidak pernah ‘membalas’….

Oleh sebab itu, dalam rumah tangga, pasangan suami isteri perlu belajar bahawa jangan terlalu mengharap pada pasangan untuk ‘memberi’ sahaja, padahal tidak kita.

TETAPI, cuba untuk mengamalkan sikap ‘KITA’ yang perlu mulakan dulu, Insya Allah hati akan mula tenang dan mula bertoleransi dengan pasangan.

Sebagaimana kita dengan Ilahi, selagi kita tidak mendekatkan diri dengan-Nya, selagi itu kita sukar untuk mencari hikmah di sebalik kehidupan ini.

Selagi kita tidak melaksanakan solat, selagi itu hati tidak tenang dan masih tercari-cari.

Semuanya tentang ‘KITA’.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,716 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen