Masih Single? Adakah Anda Terlalu Memilih?

 

Bila jumpa rakan-rakan lama pasti status akan mula dipersoalkan. Ini adalah topik perbualan yang paling hangat apabila berjumpa dengan rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Nak-nak lagi mereka yang mengikuti kita di media sosial, lagi lah nak tahu perkembangan hidup kita.

“Bila nak kahwin?”

“Dengan siapa sekarang?”

“Tak akan masih single lagi kot?”

Bila berjumpa sahaja dengan rakan lama soalan sebegini pasti tidak akan ketinggalan. Biasalah masing-masing berlumba-lumba nak naik pelamin dahulu.



Hati siapa yang tidak terusik apabila soalan sebegini diajukan. Bukan tidak mahu berkahwin atau menjalinkan hubungan tetapi calon tak ada lagi. Haa, itu yang lagi menyedihkan.

Bila orang yang masih single dan tidak mempunyai calon ini sering kali orang akan kaitkan dengan terlalu memilih pasangan atau jual mahal, sebab itulah tiada siapa yang nak. Tapi realitinya adakah anda ini seorang yang terlalu memilih atau tidak sebenarnnya?



1. Lelaki baik yang anda kenali sudah ada yang punya.

Setiap orang pasti mempunyai satu cita rasa yang tersendiri. Apa yang mereka mahu dan bagaimana pasangannya itu semuanya bergantung pada setiap individu. Tapi nak buat macam mana kalau orang kita minati dan bersesuaian dengan cita rasa kita itu sudah ada orang yang punya. Pasti kita terpaksa menunggu orang lain pula yang muncul.

Tunggu punya tunggu, kita kelihatan seperti orang yang terlalu memilih atau jual jika anda dalam keadaan seperti ini. Itu yang membuatkan orang lain salah sangka dengan anda.

2. Menunggu seseorang.

Mungkin anda dan dirinya telah berkenalan lama. Hubungan kalian juga dianggap rapat dan mesra. Namun begitu, dia belum tentu memiliki perasaan sama seperti anda. Jadi, anda mahu menunggu dirinya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memilih orang lain. Itu yang membuatkan anda masih lagi single ketika ini.

Segera beritahu akan perasaan anda, barulah anda boleh memilih untuk bersamanya atau mencari orang lain. Jika anda tunggu dirinya sahaja, belum tentu dia akan memilih anda.



3. Lebih selesa menganggap rakan yang berlainan jantina sebagai rakan.

Bukan salah anda jika anda lebih mudah menganggap mereka yang berlainan jantina itu sebagai rakan sahaja. Mungkin kerana pergaulan yang selesa membuatkan mereka juga menganggap anda sebagai seorang rakan.

Jangan menganggap bahawa anda tidak menarik atau apa pun, cuma jangan terlalu selesa dengan rakan berlainan jantina. Tidak salah jika anda ingin menjalinkan hubungan dengan rakan sendiri.

4. Adakah ini balasan dari tindakan anda yang suka menolak seseorang.

Haa, jika anda suka menolak seseorang yang menyukai anda tanpa sebab yang munasabah atau mengecewakan dirinya, mungkin ini balasa buat anda. Tetapi sebenarnya jodoh anda masih belum tiba, itu lah yang menyebabkan anda masih belum berjumpa seseorang yang tepat. Jangan terlalu banyak berfikir akan perkara ini.

5. Terlalu banyak berangan.

Anda mempunyai cita rasa yang tinggi, lebih-lebih lagi jika anda ini terlalu banyak menonton drama. Jika anda sentiasa mengharapkan hero dalam drama itu menjadi pasangan anda, mungkin anda perlu ubah pemikiran anda itu. Tidak salah sekiranya anda menurukan sedikit standard yang anda mahukan sebagai pasangan.

Jangan terlalu banyak berangan, nanti jodoh anda tidak muncul-muncul!

Pedulikan apa orang kata akan diri anda, apa yang penting anda sentiasa berusaha untuk mencari jodoh yang baik serta bersesuaian buat diri anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,593 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen