5 Cara Bertenang Ketika Mendapat Kritikan Yang Pedas.

 

Dalam kehidupan seharian kita ini tidak pernah lari dari kena kritik. Tidak kiralah kita mengkritik orang lain ataupun diri sendiri yang dikritik oleh orang lain. Ada sesetengah perkara mungkin kita boleh sahaja pekakkan telinga, buat tidak dengar tapi ada setengah perkara kalau dengar mahu melenting dibuatnya.



Tapi mana boleh melenting sesuka hati sahaja. Kalau sekadar rakan-rakan atau adik beradik mungkin bolehlah kita nak tarik muka tapi bagaimana kalau makcik pakcik dan ibu ayah kita yang mengkritik kita. Mau berasap telinga dengar tahan marah.



Jadi bagaimana persediaan anda untuk berdepan dengan kritikan-kritikan yang pedas ini? Mari cuba tips ini.

1. Supaya tidak murung sendiri apabila anda dikritik, ini antara tip yang boleh anda ikuti:

• Berada dalam keadaan santai, tarik nafas panjang nyatakan atau lafazkan perkataan “tenang” (relaks).
• Bayangkan anda berada di tempat yang selamat untuk beberapa saat. Buat keputusan apa yang patut diterima atau dipercayai.
• Anda tidak perlu menerima semua kenyataan yang dibuat mengenai diri anda, anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kritikan tersebut kerana anda sendiri yang lebih mengetahui tentang diri anda.

2. Jika kritikan itu membina dan bertepatan dengan diri anda:

• Terima kesilapan dan akui kritikan itu betul.
• Memohon maaf.
• Ambil langkah untuk membetulkan keadaan tersebut.

3. Jika kritikan tepat tetapi tidak membina:

• Akui kesilapan.
• Beri jawapan yang tegas terhadap kritikan yang menyinggung perasaan.
• Ambil langkah pembetulan.

4. Jika kritikan tidak tepat:

• Dapatkan maklumat lanjut.
• Betulkan kesilapan maklumat yang dibangkitkan.

5. Jika kritikan tidak mesra dan ketepatannya merupakan hanya satu pandangan:

• Cari jalan persetujuan.
• Minta pendapat dan cadangan.
• Fikirkan untuk menggunakan komponen bahasa tanpa lisan bagi komunikasi yang asertif contohnya duduk dengan tegak dan meyakinkan, nada suara yang terang dan tegas serta pandang tepat ke mata pendengaran.
• Langkah-langkah ini juga akan membantu anda memberi jawapan dan dihormati.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,882 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen