Didik Anak Lelaki 5 Benda Ini Sebelum Mereka Cecah Usia Remaja.

 

Buat mereka yang berniat untuk mendirikan rumahtangga, pasti bukan ilmu perkahwinan sahaja yang perlu dipelajari. Bahkan ilmu mengenai didikan terhadap anak-anak perlu juga diambil kira. Ini kerana, menjadi impian buat pasangan suami isteri untuk memiliki cahaya mata mereka sendiri.

Tidak kiralah dikurniakan anak perempuan mahupun anak lelaki, kedua-duanya adalah amanah yang Allah berikan kepada kita untuk menjaganya dengan baik serta mendidiknya menjadi anak yang soleh.



Dalam mendidik anak ini, kita tidak boleh memandang remah mahupun menganggap ia perkara yang mudah. Ini kerana, anak-anak ini bagaikan kain putih yang mudah tercorak dengan pelbagai warna disekeliling mereka, terutama anak lelaki.

Haa, buat mereka yang memiliki anak lelaki atau sedang menunggu kelahiran anak lelaki, ini Dr. Taufiq Razif kongsi 5 didikan yang perlu dilakukan kepada anak lelaki sebelum usia remaja.

Didik Anak lelaki #5 Benda Ini Sebelum Usia Remaja

#1 - Didik anak lelaki untuk MELINDUNGI maruah adik perempuannya kerana pada saat kita tiada, anak lelaki lah yang menjadi tempat berpaut dan berlindung adik beradik perempuannya

#2 - Didik anak lelaki untuk LEMAH LEMBUT dengan adik beradik perempuannya kerana anak lelaki yang tegas dalam kelembutan lebih berkesan untuk membentuk adik beradik perempuannya

#3 - Didik anak lelaki sifat RAJIN terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka tumbuh dewasa menjadi suami yang memahami bebanan kerja seorang isteri

#4 - Didik anak lelaki untuk HORMAT pada ayahnya kerana ayah adalah hero dan idola pertama dalam kehidupannya. Sekali hormat itu hilang, si anak boleh jadi hilang panduan

#5 - Didik anak lelaki untuk MENCINTAI ibunya kerana ibu adalah pintu syurga paling dekat pada seorang anak lelaki. Anak perempuan, setelah berkahwin pintu syurga utamanya berpindah daripada ibu kepada suami tetapi pada anak lelaki, ibunya lah pintu syurga utamanya buat selama lamanya

p/s : Post ini halal untuk dikongsi dan disebarkan

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,490 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen