Bila Kau Memilih Wanita Yang Pernah Kecewa Dengan Perkahwinan Lalu, Kau Perlu Menjaga Hatinya Lebih Dari Biasa.

 

Hati yang kecewa itu tersangat sukar untuk diubati, malah ia mungkin memakan masa bertahun-tahun untuk sembuh sepenuhnya. Orang yang pernah merasai kecewa ini biasanya akan lebih berhati-hati dan lebih mengutamakan perasaan sendiri berbanding orang lain.

Nak-nak lagi apabila mereka ini pernah gagal dengan perkahwinan terdahulu, lagi mereka ini akan lebih berjaga-jaga tentang perasaan dan kepercayaan. Ini kerana, perkahwinan yang berakhir di tengah jalan sememangnya akan menguji seseorang walaupun dari luarannya dia kelihatan tenang, terutama bagi seorang wanita.

Jadi bila anda memilih seorang wanita yang pernah gagal dalam perkahwinannya terdahulu, anda perlu lebih menjaga hati dan perasaannya dari biasa. Ini kerana, memberi anda peluang untuk masuk ke dalam hidupnya adalah satu hal yang sukar untuk dilakukan. Sedikit nukilan daripada Firdaus Mokhtar untuk anda memahami kekecewaan wanita.



Kalau kau memilih seorang wanita yang pernah kecewa dengan perkahwinan yang lalu sebagai isteri kau sekarang, ketahuilah bahawa kau wajib untuk menjaga hati dia lebih daripada biasa.

Mereka ini pernah merasakan hidup dalam kesedihan yang boleh membuatkan mereka mati hati dan perasaan. Iya, dicerai dan ditinggalkan sendiri dengan anak-anak. Tanpa pembelaan seorang lelaki yang sepatutnya berada di sebelah mereka selalu.

Menangis menanti habisnya tempoh iddah. Mengharap agar bekas suami datang untuk kembali bersatu. Hari demi hari tapi hampa. Suami tak muncul sampailah habis tempoh.

Merasakan diri langsung tak berguna setelah segalanya daripada diri diberikan sepenuhnya kepada suami.

Jika wanita ini yang kau pilih, kau kena jadi teman hidup yang cukup memahami hati seorang isteri. Mereka ini akan hidup dalam keadaan sangat berjaga-jaga, kerana mereka tak mahu peristiwa lama berulang lagi.

Kau ingat ini wahai lelaki, tidak ada isteri yang gembira mereka dilepaskan, sekali pun dalam rumahtangga itu isteri yang memberi segala benda. Dia sanggup buat itu semua demi rumahtangga dia.

Percayalah, cukup kau jadi suami yang sangat berlembut dalam setiap tutur kata dan setiap perbuatan.

Hati mereka sudah cukup tercalar dengan kehidupan yang dulu. Sekarang, kau dia pilih sebagai suami baru dengan satu kepercayaan.

Iya, percaya yang kau tak akan menjadi lelaki yang akan menghancurkan hati dia sekali lagi.

Begitulah.
Firdaus Mokhtar

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,047 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen