Jangan Hebohkan Kekurangan Suami, Kalau Ada Masalah Bincang Sama-Sama.

 

Nak hubungan kita bahagia? Jangan sesekali bandingkan hubungan kita dengan orang lain. Lebih baik kita hayati berdua sahaja. Nak suami kita romantik macam suami orang lain? Jangan pandang romantik sahaja cuba lihat kebaikan yang suami kita miliki dan bersyukurlah.

Nak tegur suami kita dengan status di media sosial? Jangan, itu hanya akan memalukan suami kita sahaja. Lebih baik kita tunjuk terus kepada dia sebelum tidur ataupun baca dihadapannya. Banyak cara yang boleh digunakan, jangan jatuhkan maruah suami kita.

Manusia ini tidak ada yang sempurna baik kita mahupun pasangan kita. Kalau dia ada kurangnya, cuba untuk perbaiki bersama-sama. Dia suami kita, orang yang akan susah senang bersama kita bahkan orang yang melindungi kita dari perkara yang tidak sepatutnya.

Dia bukan banyak kurangnya cuma dia miliki kehendak yang berbeza sahaja. Jangan asyik nak difahami sahaja sedangkan kita tidak mahu fahami suami kita sendiri. Mari sama-sama kita hadam perkongsian daripada Dr. Rusyainie Ramli ini.



Suami kita tak sempurna. Serupa juga dengan kita kan. Saya baru saja berkahwin 15 tahun. Masih jauh perjalanan hidup kami kalau jodoh kami panjang. Kan semua tu urusan Allah juga. Kita buat yangterbaik semampu kita.

Saya terkilan bila baca komen isteri-isteri yang mengadu domba tentang suami sendiri di media sosial. Apalah perasaan suami dia kalau baca rungutan isteri yang seakan merendahkan maruah suami. Tak cukup dengan tu, yang lain pakat tag suami la pula.

Jangan lah begitu wahai isteri. Jaga air muka suami tu. Habis semua orang lain tahu cacat celanya suami kita. Kalaulah saya buat sedemikian, mesti saya kena marah bertan-tan dengan suami saya. Kutuk dia dekat media sosial, balik rumah kena hadap muka dia juga. Aduh. Kan dah janggal jadinya.

Apalah salahnya copy link tu dan hantar kat dia melalui WA ke. Atau pun screenshot pun ok. Asal dia saja yang baca tanpa satu dunia tahu. Mungkin sebab saya ni peringkat umur makcik, pada saya tak manis la buka pekung di dada.

Kalau ada masalah, bincanglah dengan dia. Sekali tak dengar, bagitahu berkali-kali. Cari masa yang sesuai. Pilih keadaan yang tepat.

Pertelingkahan berlaku di saat expectation does not meet reality. Isteri punya kehendak, takkan sama dengan suami. Maka di situlah pentingnya komunikasi. Dapat dirasa kekecewaan si isteri bila dicurahkan segala luahan dan curahan emosi tu di FB ni. Berjela pula tu. Tapi adakah dengan menjeritnya pada dunia, suami pasti berubah? Kalau dia bagitahu pada doktor di klinik pun, sekurang-kurangnya dinding tu semua bisu.

Siap ada yang seru suami bila tengok orang lain dapat surprise dari pasangan. Tak perlu lah. Kasihan suami kita. Mungkin dia pun senak di poket untuk berbelanja sebegitu.

Saya pasti ramai suami di luar sana kalau boleh nak mewahkan isteri dengan kehidupan bak selebriti. Tapi itulah rezeki semua orang tak sama kan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Kadang kala isteri tag suami sekadar untuk peringatan. Tapi kan yang membacanya mungkin tersalah tafsir. Bayangkan kalau komen tu terlintas di timeline kenalan pada suami, bukankah itu aib pada pasangan? Usahlah dicari masalah. Silap faham begitu kan boleh dielakkan. Dah jatuh martabat suami kita di mata kenalannya. Kalau kenalannya tu kepochi, habislah suami kita dibawangkan. Kan malu.

Suami tu pelengkap pada ketidaksempurnaan kita. Perangai dia yang kita tak suka, contoh pemalas, kita perlahan-lahan la didik. Memang la geram membara tapi tak payahlah buat hebahan. Di situlah terletak kebijaksanaan kita kalau kita boleh mengubah dia. Doa banyak-banyak supaya Allah lembutkan hati dia. Supaya Allah tetapkan jiwa dia untuk kasihan pada kita.

Semoga Allah permudahkan urusan kita dalam melayari bahtera rumahtangga. In shaa Allah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,722 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen