Hilangnya Hormat Seorang Isteri...

 

Seorang isteri itu merupakan cerminan suaminya. Bagaimana suaminya mendidiknya bahkan menjaganya itulah akan membentuk sifat si isteri. Suami adalah pelindung bagi isteri-isteri mereka walaupun isteri mereka itu seorang yang tahu mendiri dan menguruskan segala urusan, suami tetap perlu menghulurkan bantuan kepada mereka. Jangan sesekali melepaskan segalanya kepada isteri.

Penah kita lihat isteri kurang hormat pada suami mereka? Seorang isteri ini bukan suka-suka untuk tidak hormat atau cuba melawan kata-kata suami mereka, tetapi mereka ini sudah penat bertahan dan memendam rasa untuk mempertahankan hubungan yang ada. Tapi kalau hanya dirinya sahaja yang bersungguh pasti akan sakit sendirian.



Sebab itulah suami ini perlu memainkan peranan penting. Anda mahu isteri yang solehah dan taat, maka berikan didikan yang sepatutnya kepada isteri anda, laksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan jangan biarkan isteri menguruskan segalanya.

Sehari dua mungkin mereka ini mampu bertahan, tetapi jika ia sudah makan tahun pasti kesabarannya semakin menipis malah mula kelihatan sikap tidak menghormati suaminya, tetapi punca daripada siapa kalau bukan suami sendiri. Jangan kita menjadi suami yang menjadi penyebab isteri kita ke neraka.



Apa yang menyebabkan isteri-isteri ini mula hilang hormat kepada suaminya?

1. Bila suami lupa tanggungjawab.

Tanggungjawab dalam perkahwinan bukan hanya terletak pada isteri sahaja ataupun pada suami sahaja, tetapi terletak kepada kedua-duanya. Masing-masing perlu tahu akan tanggungjawab masing-masing dan tidak salah sekali sekala menghulurkan bantuan untuk menringankan beban pasangan kita.

Apabila isteri terpaksa memikul tanggungjawab suami dalam segala urusan, di sini isteri akan mula rasa terbeban dan mula memainkan emosi mereka. Rasa bergantung sepenuhnya pada diri sendiri menyebabkan isteri mula hilang hormat pada suaminya.

2. Bila isteri terlalu berdikari.

Jika sebelum berkahwin isteri seorang yang berdikari, itu tidak bermakna mereka ini perlu berdikari selamanya. Selepas berkahwin, isteri-isteri miliki suami maka, disitulah tempat mereka bergantung harap. Jika semuanya berdikari, sudah tentu mereka lebih memilih untuk hidup bujang.

Jangan biarkan isteri terlalu berdikari, ia hanya akan membuatkan isteri tidak merasai apa perlunya suami di sisi jika semua perkara perlu dilakukan seorang diri. Bila sudah terlalu lama berdikari, maka rasa hormat pada suami pun tiada dan merasakan suami tiada kepentingan. Jadi jangan biarkan dirinya terlalu berdikari, sikit hulur lah bantuan.



3. Bila suami lebih pentingkan orang luar.

Perkara ini juga menyebabkan seorang isteri itu mula hilang rasa hormat pada suaminya. Ini kerana, apabila suami terlalu mementingkan orang luar, perasaan isteri akan mula terabai bahkan kadang kala tidak diambil tahu. Apa yang suami tahu adalah menjaga hati dan perasaan orang lain.

Bila isteri terlalu makan hati dengan sikap suami maka mulalah isteri merasakan ia mahu hidup berdikari dan mampu menguruskan segala-galanya sendiri. Lebih baik kita jaga hati isteri kita sendiri kerana mereka ini akan susah senang bersama kita selalu.

4. Bila isteri makan hati dengan sikap suami.

Bila suami kedekut, bila suami lebih mementingkan hobi, bila suami tidak mahu mendidik dan menguruskan anak-anak bersama dan pelbagai lagi. Sikap-sikap sebegini hanya akan membuat isteri makan hati dengan si suami. Emosi mereka rasa terganggu bahkan dirinya merasakan seperti tidak dihargai.

Isteri ini begitu lembut malah mudah untuk dilenturkan. Jika anda memberi kasih sayang yang mencukupi, bertanggungjawab serta bertolak ansur dengan dirinya, maka dia akan menjadi seorang yang taat malah setia dengan anda. Tetapi jika sebaliknya, jangan salahkan isteri apabila mereka ini hilang hormat pada anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,505 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen