3 Rahsia Allah SWT Yang Ditutup Rapat, Dan Kalau Boleh Jangan Terlalu Cuba Persoalkan.

 

Sebagai muslim, pasti kita sudah sedia maklum tentang rahsia Allah dalam kehidupan kita, iaitu Jodoh, Rezeki dan juga Ajal maut seseorang. Pada masa kini, 3 perkara ini seolah-olah menjadi isu yang sangat penting untuk dibincangkan dan dipersoalkan, padahal ia sudah ditentukan oleh Allah SWT.

1. Jodoh.

Isu ini sering menjadi topik hangat tidak kira usia tua atau muda, namun ia lebih tertumpu pada mereka yang masih lagi belum bertemu dengan jodoh. Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tidak tahu siapakah jodoh kita di atas dunia ini. Dan sebagai manusia biasa, kita terlalu memikirkan hal jodoh sehingga terlupa apakah misi kita hidup di atas muka bumi ini.

Kita terlalu mempersoalkan…

Bagaimana rupa bakal suamiku?

Bagaimana akhlak bakal isteriku?

Kenapa lambat sangat jodoh nak sampai?

Adakah aku akan mati dulu sebelum bertemu jodoh?

Jangan terlalu mempersoalkan hal jodoh. Jangan terlalu risau dengan siapa kita akan berjodoh kerana ia adalah rahsia Allah SWT.

Apa yang perlu kita buat adalah dengan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah, melakukan hal-hal yang baik dan tidak dicela oleh-Nya, memperbaiki diri dan yakin akan dipertemukan jodoh atas takdir-Nya.

2. Rezeki.

Hal rezeki pula, ramai yang hanya menganggap ia adalah dari segi wang ringgit sahaja. Malah, begitu yakin bahawa rezeki itu harta semata-mata.

Namun, jarang untuk kita lihat, dikalangan kita bersyukur atas nikmat dan pemberian oleh-Nya seperti…

“Aku bersyukur kerana diberikan badan yang sihat…”

“Aku bersyukur kerana dikurniakan anak yang ramai…”

“Aku bersyukur kerana dikurniakan umur yang masih panjang…”

Dimana ia juga adalah rezeki dari-Nya.

Rezeki itu datang bilamana kita bersyukur. Kita ada rasa syukur tersebut.

Akan tetapi, kita pula yang sering mempersoalkan tentang rezeki…

“Kenapa gaji sikit..”

“Bila la nak kaya…”

“Susahnya anak ramai…”

Apabila kita yang menentukan rezeki sendiri, secara tidak langsung hati menjadi tidak tenang dan sentiasa dalam kerisauan.

3. Ajal maut.

Ajal maut juga sudah ditentukan oleh Allah SWT. Namun ada juga dikalangan kita seolah-olah menentukan ajal maut sendiri kerana terlalu mementingkan diri sendiri.

Sebagai contoh:

Situasi 1: “Takpelah aku hisap rokok, ramai je orang hisap rokok masih panjang umurnya…”

Kenapa perlu persoalkan tentang kematian dengan membuat perbandingan hidup dengan orang lain. Takdir masing-masing Allah SWT sudah tentukan.

Situasi 2: “Selagi aku tengok phone di lane paling kiri, takde la aku menyusahkan pemandu lain…”

Jangan jadi pemandu yang mementingkan diri sendiri sehingga merasakan ia selamat untuk anda, padahal ia tidak selamat untuk orang lain.

Situasi 3: “Takpela gemuk, asalkan aku bahagia…”

Sudah sedia maklum, jasad yang diberi pinjam oleh-Nya, perlulah kita menjaga dengan sebaik mungkin. Hanya dengan gaya hidup dan diet pemakanan, ia juga menjadi punca tubuh badan tidak sihat pada hari tua kelak.

Oleh yang sedemikian, 3 rahsia ini haruslah kita yakin dengan takdir-Nya. Jangan terlalu mempersoalkan seolah-olah kita adalah Tuhan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,705 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen