Sibuk Kejar Nak Miliki Lebih Sebuah Rumah Sebagai Asset, Tetapi Tidak Ramai Yang Fikir Hidup Tanpa Hutang Lebih Menguntungkan.

 

Apabila orang kata rumah lebih berbaloi untuk dijadikan asset, maka ramai-ramai mula mengumpul wang untuk membeli sebuah rumah. Bila orang kata kereta mampu tambah income tambahan dan lebih menguntungkan, maka ramai mula sibuk nak beli kereta baru.

Asyik dengar orang kata sahaja, bila nak dengar hati dan kemampuan kita pula berkata-kata?

Setiap orang ada pandangannya yang tersendiri berdasarkan pendapatan mereka mengenai pengurusan kewangan. Begitu juga anda, jika anda mampu miliki rumah yang banyak tanpa rasa terbeban boleh gunakannya sebagai salah satu asset. Jika anda menggunakan kereta untuk cari tambahan income mungkin anda boleh beli sebuah untuk melancarkan kerja anda.



Sibuk bukan fikir apa yang kita anda setelah berapa tahun berkerja atau sebelum mencecah 40 tahun. Jarang sekali orang memikirkan bahawa hidup tanpa hutang itu adalah lebih baik berbanding perkara-perkara yang lain.

Mari sama-sama kita baca pandangan dari Puan Marliya Ramli ini.

1 - Secara peribadi sejak dulu akak sasarkan rumah kediaman maksimum 30% sahaja bayaran ansuran bulanan daripada jumlah pendapatan. Maksimum 30% tanpa lebih walau RM1. Jika rumah sewa, maksimum bayaran setakat bawah 15% pendapatan.

2 - Bila pendapatan keluarga meningkat, akhirnya kadar ansuran rumah kediaman kami hanya tinggal sekitar bawah 10% sahaja. Ini pilihan kami suami isteri. Pilihan untuk bersederhana dan tidak menyusahkan sesiapa.

3 - Pilihan kami untuk hidup di bawah kemampuan seadanya. Biar kedekut sekarang, jangan miskin kemudian. Ramai yang anggap rumah kediaman sebagai harta. Sebenarnya rumah kediaman adalah perbelanjaan atau liabiliti yang mengurangkan harta.



4 - Malah.. Jika kereta mendatangkan pendapatan, ianya lebih bernilai berbanding rumah kediaman. Sebab itulah sentiasa menjadi sasaran untuk kami selesaikan hutang rumah kediaman. Kerana ianya bukan sesuatu yang menjana pendapatan.

5 - Cukuplah... Tinggal di Double Story Corner Lot sejak hampir 10 tahun. Anak dua dah selesa sangat sebenarnya. Kalaupun terlintas impian nak upgrade rumah kediaman, kami buang jauh-jauh keinginan. Cukuplah...

6 - Lebihan yang ada di peruntukan untuk dana pendidikan atau persaraan. Wang kecil-kecil serendah RM3.50 sehari ditukarkan kepada emas di akaun simpanan. Bukannya wajib setiap bulan. Menabunglah ikut kemampuan.

7 - Ramai yang fikir self reward penting. Hakikatnya tidak bersara miskin jauh lebih penting. Tidak perlu tidur memikirkan hutang jauh lebih penting. Tidak meratap nasib mengharap anak menantu jauh lebih penting.

8 - Ramai yang fikir keselesaan hidup penting. Hakikatnya 12 bulan dana cemas berkecairan tinggi dalam bentuk wang tunai dan emas adalah jauh lebih penting. Tidak perlu meminjam sesiapa bila dilanda musibah jauh lebih penting.



9 - Banyak sebenarnya salah faham dalam kewangan. Namun kita tidak akan dengar nasihat sesiapa hinggalah kita terngadah sendiri. Terhantuk baru tangisan berlagu. Ada yang tinggal menyewa dengan bayaran sewa 20% daripada pendapatan. Ruginya lahai.... #apeni

10 - Akak sarankan buat minimum satu TABUNG SAYANG DIRI. Contohnya buka akaun simpanan emas GAP. Jadikan tabiat menabung aset fizikal tanpa sesiapa tahu. Diam-diam bina kekayaan. Tabiat menabung lebih baik daripada tabiat berbelanja.

11 - Dan jangan sentuh tabung ini selagi tak capai usia bersara. Sebab langit tak selalunya cerah. Kematian dan penceraian berlaku setiap hari. Bila aset melebihi liabiliti, kita boleh menghadapi risiko dengan lebih berani.

Salam sayang hari ni emas RM191/gram kalau nak mula bina tabung simpanan emas anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,704 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen