Benarkan Isteri Berehat & Jangan Persoalkan Bagaimana Mereka Rehat.

 

Kadang kala kesian tengok isteri-isteri yang bertungkus lumus menguruskan rumahtangga serta membantu suami mencari pendapatan lebih buat keluarga. Mana tidaknya, sudah siap kerja di tempat kerja, apabila pulang ke rumah kerja di rumah pula disambungnya. Tak berhenti dari mula buka mata sehinggalah lewat malam selepas orang lain tidur.

Tak penat ke mereka ini? Pernah atau tidak soalan sebegitu terlintas difikiran suami-suami sekalian?



Sudah tentulah mereka ini penat, tetapi demi keselesaan anak-anak dan suami mereka ini gagahkan juga untuk laksanakan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri ini. Tak kesian ke kita melihat mereka?

Suami-suami pula biasanya, pulang sahaja dari kerja terus duduk depan tv dan tidur. Tidak kesah apa yang terjadi dengan anak-anak dan isteri. Apa yang mereka tahu adalah hilang penat mereka. Cubalah kesian dekat isteri itu sedikit.

Tak salah pun kalau kita hulurkan sedikit bantuan ataupun biarkan mereka ini berehat seketika. Mereka ini juga manusia bukan robot. Penatnya seorang isteri itu, hanya Allah sahaja yang tahu.

Sama-sama kita hadam perkongisan dari Saiful Bahari ini.

Lelah isteri, penat isteri kadang dianggap “double standard” bagi pihak lelaki. Maaf ya, tak semua tapi kebanyakkan.

Bagi lelaki, mereka rasakan penatnya isteri tu tak sepenat dirinya sebagai ketua keluarga.

Itu tanggapan salah ya abang abang semua. Kalau anggap kerja suri rumah masak, sidai baju, kemas rumah, bagi anak makan, tidurkan anak adalah kerja mudah. Silakan ambil tugas mereka sehari.

Belum tentu bang kau dapat urus dengan baik, masa nak masak masa tu lah anak kau main kat dapur juga. Nak sidai baju kat luar, anak kau dah tunggang terbalik dekat depan, nak bagi anak makan, masa tu la anak kau meragam taknak makan sambil berlari-lari. Penat bang.

Isteri kau bang baru nak sandar rehat, tiba tiba anak terjaga nagis nak susu. Bangun lagi cuba tidurkan anak. Kena anak tidur balik takpe, kalau terus mata dia segar nak main? Nahh! Bergelanggang ufc lah mereka.

Ini belum masuk lagi isteri kau sekali kerja. Fuh dia punya penat bang, hanya Allah yang tahu. Kau balik kerja fikir rehat harap dibelai isteri. Dia balik kerja fikir nak rehat tapi kena belai kau bang. Nampak beza tak bang?

Jadinya bang, andai kata isteri kau satu hari tu dia kata “sayang penat bang, boleh tak sayang nak rehat sekejap?”
Kau jangan cuba persoal bang, kau hanya perlu angguk dan jawab “baik sayang, rehatlah”

Dekat sini 50% hati isteri kau dah lega. Perasaan seronok dia tu macam kau dapat kereta baru bang. Huhu.

Jadi bila kau dah benarkan isteri kau rehat, INI PENTING. Jangan persoal BAGAIMANA mereka rehat.

Definisi rehat isteri dengan suami tak sama bang. Kita fikir rehat confirm terbongkang bang, berdengkur sampai jiran sebelah dengar. Bagi isteri, definisi rehat mereka ialah mereka akan buat apa mereka suka. Ya itulah “me time” bukan mee goreng ya.

Isteri kita nie akan buat apa je, tengok shoppe ke, layan movie ke, baring baca novel ke, share segala post resepi masakan ke, ada pulak mintak izin berjalan window shopping! Fuh! Kau pun mesti heran punya kan?

“Awak nie kata nak rehat, tapi saya tengok tak rehat pun?!” Itulah 50% lagi jangan kau persoal bang mereka punya rehat. Sekali kau soal maka habislah mood mereka. Sedihnya tu macam kereta baru kau orang calarkan body. Berdedai bang sedihnya.

Nie petikan dari satu ayat post tuan Akhi Fairuz Al-Jengkawi mengenai rehat si isteri [ Dulu aku tak faham, geram jugalah dibuatnya. Siap cakap lagi pada isteri, "kata tadi nak berehat, yang dok mengadap handphone bagai ni kenapa? Pi lah tidoq."]

Ya begitulah fikiran suami seperti kita, susah nak faham. Huhu. Tapi berbekalkan pengalaman sebagai suami. Insyallah kita boleh faham.

Kita lawan bang. Kita jadi #suamipower

Boleh boleh?

Saiful Bahari
Berpengalaman menjadi surirumah 2 tahun

Nota tepi: Masak tetap aku out, memang harap isteri masak juga. Kikiki. Bersyukur dapat #superwife

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,586 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen