Menjadi Isteri Yang Solehah Semasa Hayatnya, Jenazah Wanita Mengeluarkan Bau Haruman Yang Kuat.

 

Perkahwinan itu bukan sekadar itu mengecapi rasa bahagia di dunia atau untuk membina sebuah keluarga yang bahagia sahaja. Tetapi perkahwinan ini juga mampu membuat seseorang itu menjadi insan yang baik malah taat kepada perintah Allah.

Tidak hanya itu sahaja, ia juga mampu membuat seseorang itu mengejar akhirat dengan lebih bersungguh-sungguh dengan bantuan pasangan serta diri sendiri. Teramat mudah bagi seorang wanita untuk memasuki syurga apabila dirinya taat dengan perintah Allah berserta taat dengan suaminya.

Terdapat satu kisah teladan yang telah dikongsikan oleh Ustaz Syed Sohleh Syed Jalaluddin yang akan membuka mata bakal isteri-isteri. Mari sama-sama kita ambil pengajaran dari kisah ini.



Dahulu saya dan sahabat-sahabat saya pernah menyembahyangkan jenazah seorang isteri yang solehah. Yang berjasa menjaga suaminya yang terlantar sakit sehinggalah dia dahulu mendapat panggilan Ilahi.

Saat imam mengangkat takbir ketiga, kami perasan imam melaungkan takbir panjang seketika berbeza dengan takbir yang lain ketika menyolatkan jenazah isteri tersebut. Ketika imam membaca doa kami melihat imam menggigil semasa ia membaca doa.

Apabila imam berkata "Aku bersaksikan jenazah ini baik" Bergema jawapan makmum menjawab "Baik" Semasa kami membantu menurunkan jenazah ke liang lahad, kami bau haruman yang sungguh kuat haruman yang keluar daripada liang lahad kubur si arwah.

Selesai daripada majlis tahlil malamnya kami berjumpa dengan imam tersebut dan bertanya mengenai 2 kejadian semasa imam menyolatkan jenazah tersebut.

Kata imam itu saat aku mengangkat takbir ketiga aku lihat jasad perempuan itu bangun dan berdiri di hadapan ku dengan berpakaian telekong sembahyang dan ia senyum kepadaku.

Kedua katanya (imam) saat aku membaca doa ku lihat lagi sekali dia berdiri memandangku dengan tersenyum juga ia berpakaian telekong sembahyang berwarna putih. Itulah yang dikhabarkan oleh imam tersebut. Kemudian kami bertanya kepada suaminya apakah amalannya semasa ia hidup,

Kata suaminya antara amalannya ialah :-

1. Tidak pernah meninggikan suaranya terhadap suaminya.

2. Sentiasa tersenyum di hadapan suaminya sekalipun ianya penat menguruskan rumahtangga kerana suaminya terlantar sakit di atas katil.

3. Semasa ia mandikan suaminya dia berkata

" Wahai suamiku, air yang mengalir ku siramkan di atas tubuh abang adalah air yang akan menyejukkan saya dalam kubur nanti ''.

4. Semasa ia menyuap makanan dan minuman dia berkata, '' Wahai abang ku ampunkanlah segala dosa saya terhadap abang ''.

5. Setiap kali suaminya berhajat dia akan melayaninya dengan sebaik baiknya. Selesai dia mandikan wajib ke atas suaminya dia mohon ampun sekali lagi.

6. Setiap kali sebelum suaminya tidur dia akan melaungkan bacaan ayat al-quran untuk suaminya dengan merdu, dan dia berkata

" Doakan saya sebagai isteri yang solehah ".

7. Dia tidak akan keluar rumah selagi suaminya tidak mengizinkannya sekalipun untuk dia turun ke dapur. Setiap perbuatannya di dahului dengan izin suaminya.

Inilah antara amalannya kata suaminya. Membuatkan kami berlumba menitiskan airmata melihat betapa tingginya ketaatan dia terhadap suaminya dan agama. Waallahuaklam bissawab.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,591 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen