Cara Isteri Meminta Maaf Kepada Pasangan Dengan Lebih Ikhlas.

 

Dalam alam rumahtangga, ia sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan. Jarang sekali melihat rumahtangga yang terlalu bahagia sehingga tidak bergaduh mahupun tidak berdepan dengan salah faham. Sedikit sebanyak pasti ujian-ujian kecil sebegini akan datang mengganggu hubungan yang dibina.

Seperti yang sedia maklum bahawa seorang suami itu mempunyai ego yang tinggi sedikit berbanding pasangannya. Di mana mereka ini sentiasa mahu mengekalkan maruah serta air muka mereka apabila berhadapan anak-anak ataupun orang disekelilingnya.



Jadi sebagai seorang isteri, anda perlu lebih banyak bersabar dan mengalah dalam hubungan seperti ini. Apabila anda melakukan kesalahan segera untuk meminta maaf pada pasangan anda. Jika anda meminta maaf dengan segera, ia dapat mengelakkan hubungan tersebut untuk terus retak mahupun renggang berpanjangan.

Jadi tidak salah untuk meminta maaf pada suami anda walaupun anda tidak salah dalam perkara tersebut. Tetapi jika anda berani untuk meminta maaf pada pasangan anda, itu bermakna hubungan anda lebih bernilai berbanding ego anda sendiri.

Bila waktu yang sesuai untuk anda meminta maaf?

1. Pilih waktu yang sesuai.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah memilih waktu yang bersesuaian. Sebaiknya jangan disaat suami anda masih lagi sedang berada dalam emosinya. Cuba untuk membiarkan dirinya sedikit bertenang malah membiarkan dirinya di ruangnya sendiri. Jika anda sudah melihat dirinya dalam keadaan yang baik, maka cuba untuk berbincang dan meminta maaf dengannya secara baik.

2. Akui kesalahan anda.

Jangan merasakan anda betul atau suami anda salah, tetapi segera menyatakan maaf dan mengakui bahawa itu salah faham anda sahaja. Biasanya lelaki ini akan lebih cepat cair apabila pasangannya meminta maaf dengan mengakui salah sendiri.

3. Gunakan nada yang bersesuaian.

Apabila anda telah mengakui kesalahan anda, cuba menggunakan nada yang lembut dan merendah diri. Pastikan permintaan maaf anda itu benar-benar membuat dirinya terasa. Jangan lupa untuk melihat matanya. Pastikan anda menjelaskan apa sebenarnya terjadi.

4. Jangan bawa sekali emosi anda.

Pastikan anda juga telah bertenang sebelum berjumpa denganya untuk memohon maaf. Tidak hanya itu sahaja, jika dirinya masih belum menerima maaf anda, jangan sesekali anda memaksanya untuk memaafkan anda. Daripada anda terus menerus memaksanya ia akan membuat hubungan anda kembali keruh semula. Jadi cuba kawal emosi anda dengan baik.

5. Beri dirinya masa.

Walaupun anda telah meminta maaf, itu tidak bermakna anda boleh memaksa suami anda untuk memaafkan anda dengan segera. Memaafkan seseorang itu memerlukan proses yang mengambil masa. Sekiranya pasangan anda ingin bersendirian terlebih dahulu, hormati keputusannya. Beri dia masa untuk berfikir dan tenang.

Jangan takut untuk meminta maaf bahkan jangan takut untuk mengalah. Orang lelaki ini sememangnya ego tinggi tetapi kita sebagai wanita yang terikut-ikut dengan ego mereka pula. Nanti hubungan yang terbina entah ke mana. Apabila anda melakukannya dengan ikhlas, sudah tentu dia akan dengan mudah memaafkan anda sekali lagi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,717 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen