Ketahui Perasaan Si Dia Melalui Kiriman Pesanannya, Jaga-Jaga Mungkin Dia Miliki Rasa Yang Sama Seperti Anda.

 

Apabila anda menyukai seseorang sudah tentulah anda ingin tahu adakah dirinya menyukai anda ataupun tidak. Setiap hari anda hanya mempu melihat dirinya membalas setiap pesanan yang anda hantar tetapi si dia tidak pernah menyatakan apa-apa kepada anda.

Bukan itu sahaja, jarang sekali kawan yang berlainan jantina ini begitu mudah untuk berkongsi cerita. Apabila dirinya menganggap anda sebagai seorang rakan, pasti bila ada hal-hal yang penting sahaja barulah dirinya mencari anda, tetapi berlainan dengan rakan anda seorang ini.



Kadang kala, kata-kata itu tidak cukup kuat untuk membuktikan bahawa dirinya mempunyai perasaan terhadap anda. Daripada anda bermain teka teki sahaja, cuba anda lihat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa dia menyukai anda atau tidak.

1. Rajin menggunakan emoji.

Penggunaan emoji dalam membalas pesanan akan membuat ia lebih kelihatan menarik. Bahkan anda juga pasti mempunyai keinginan untuk membalasnya lebih tinggi. Mungkin bagi kaum wanita menggunakan emoji ketika saling menukar pesanan itu adalah perkara biasa tetapi jika buat kaum lelaki, ia adalah salah satu usaha untuk menarik minat anda dalam perbualan tersebut.

Biasanya emoji ini akan membuat perbualan lebih santai malah ia juga merupakan salah satu cara menunjukkan riak wajahnya.

2. Membalas kiriman yang agak panjang.

Selalu bukan kita dengar bahawa seseorang yang suka pada kita itu akan membalas pesanan kita dengan panjang. Ini kerana, ia adalah salah satu cara menunjukkan minat terhadap anda bahkan menarik minat anda dalam perbualan tersebut.

Jika orang lelaki yang melakukan ini, ia pasti ia sedang menunjukkan minatnya terhadap anda. Jarang-jarang melihat lelaki membalas pesanan dengan panjang ye.

3. Dia menghantar pesanan dahulu.

Ini adalah perkara yang paling ketara, di mana dia selalu memulakan perbualan terlebih dahulu. Hal ini kerana, mereka takut sekiranya terdapat orang lain yang akan membuat anda gembira. Jadi apabila dirinya selalu memulakan perbualan, itu bermakna dirinya sedang berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada anda.

Perkara sebegini boleh menjadi salah satu tanda adakah dirinya menyukai dan menyimpan perasaan terhadap anda ataupun tidak.

4. Memanggil nama manja atau nama tertentu buat anda.

Setiap laki-laki akan selalu punya panggilan tersendiri buat perempuan yang dia suka. Hal ini karena cara tersebut merupakan cara unik untuk mewakilkan perasaan sayang. Jadi apabila dirinya memanggil anda dengan satu panggilan tersendiri itu bermakna dirinya cuba meluahkan perasaanya terhadap anda.

Bagi mereka, anda begitu istimewa bahkan dia tidak mahu anda menyamakan dirinya sama seperti rakan-rakan yang lain. Sebab itulah dia panggil anda dengan panggilan yang unik.

5. Terlalu kerap membalas pesanan antara satu sama lain.

Seseorang yang telah menyukai anda sudah tentu akan mengejar anda 24jam sehari. Dia akan segera mebcari anda selepas bangun tidur sehingga dia memejamkan matanya untuk tidur. Baginya sehari tanpamu rasanya hari akan terasa membosankan.

Dari sini anda boleh lihat bahawa dirinya menginginkan anda untuk menyinari hari-harinya bersama dengan anda.

Namun begitu, jangan terlalu awal membuat andaian. Adalah lebih elok jika anda melihat usaha mereka ini dalam satu tempoh masa. Apabila anda yakin bahawa dirinya menyukai anda barulah mula luahkan perasaan anda juga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,716 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen