Mendobi-Mendobi Jugak, Jangan Lupa Orang Lain Pula.

 

Musim-musim raya ini, sudah tentulah rumah masing-masing penuh dengan sanak saudara serta adik-beradik. Dalam keseronokan sebegini sudah tentulah banyak perkara yang perlu dikongsi agar Hari Raya kalian bertambah meriah. Tidak kiralah dengan berkongsi juadah, ruang tidur, menonton televisyen mahupun mesin basuh.

Biasanya musim-musim raya ini, sudah tentulah dobi layan diri akan laku keras. Mana tidaknya, nak basuh di rumah sudah tentulah perlu tunggu giliran, nak jemur baju pula tiada ruang jadi dobi layan diri adalah paling memudah untuk membasuh dan mengeringkan baju.

Kalau di rumah adik-beradik kita menunggu giliran untuk membasuh baju, pasti di dobi layan diri juga sama. Jadi buat anda-anda yang mahu membasuh di dobi, perlu tahu adab yang betul barulah orang tidak marah sambil menunggu.



Adab Mendobi.

1. Kalau nak tinggalkan pakaian dalam mesin lepas tu nak datang balik, pastikan kau peka pukul berapa mesin tu dah berhenti. Elok aku tak masukkan dalam plastik hitam je pakaian yang dah siap tu.

2. Ada wanita dan kanak-kanak, tolong jangan tunggu pakaian kau siap sambil merokok.

3. Orang baru datang bawa bakul baju, jangan tengok beriya! Segan aku tadi ada akak tu pandaaaaang je aku. Nak check aku ada bawa boxer ke tak dalam bakul aku lah tu. Please lah.

4. Jaga kebersihan. Makan kuaci, cekedis jangan sepah-sepah atas meja. Ada orang guna meja tu untuk lipat baju terus lepas keluar dryer.

5. Kerusi panjang untuk duduk ramai-ramai. Bukan untuk kau baring atau menjulur kaki dan orang lain berdiri tengok kau main phone.

6. Ada massage chair, masuk duit kau rest dan relax. Bukan kau buat duduk saja-saja sambil tunggu pakaian kau siap. Naik serak suara amoi massage chair tu suruh kau insert coin.

7. Kalau couple, dobi tempat basuh baju. Bukan tempat kau nak bermesra, peluk, pegang-pegang hidung, cium pipi. Libas pakai jeans lembap, tau lah nasib korang.

8 . Kot ya pun kau nak masukkan baju kau lepas orang tu tarik keluar pakaian dia, rileks je. Tak perlu berdiri belakang orang tu. Tadi aku tengok ada akak tu malu-malu nak tarik baju kelawar dia sebab ada brader tercegat kat belakang dia.

Saja je bercerita hal ni. Tak penting mana pun sebenarnya. Aku rasa banyak masa terluang kat dobi tadi.
Dah hobi menaip kat FB, nak buat macam mana.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen