Jangan Lepaskan Peluang Memohon Maaf Ketika Bulan Syawal Ini.

 

tidak sempurna. Kadang kala kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan itu tanpa sengaja melukakan hati dan perasaan orang sekeliling kita tanpa kita sedari.

Apabila kita melakukan kesalahan sudah tentu aka nada sedikit penyesalan di dalam hati kita. Bukan itu sahaja, kadang kala kita ingin mencuba perbaiki kesalahan dan kesilapan kita itu, namun tidak tahu bagaimana puncanya.

Perkataan Maaf adalah satu perkara yang sangat ajaib dan penuh makna sebenarnya. Jadi apabila kita melakukan kesalahan jangan malu untuk memohon maaf. Kadang kala meminta maaf terlebih itu bukan bermakna kita salah atau kita kalah.



Walaupun kadang kala orang kata meminta maaf itu begitu mudah tetapi memaafkan itu belum tentu mampu dilakukan oleh pihak tersebut. Jangan bimbang akan perkara sebegitu. Yang paling penting adalah niat anda ikhlas.
Masalah anda dimaafkan atau tidak, biarkan Allah yang mengubah hati si dia itu.

Dengan kata maaf ini anda mampu perbetulkan kesilapan anda, bahkan dengan kata maaf ini juga anda mampu menjernihkan hubungan yang renggang.

Nak-nak lagi ketika musim perayaan ini. Semua orang tahu bahawa Hari Raya ini adalah bulan saling memaafkan kesalahan setiap insan.

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Artinya: “Orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (QS Ali Imran: 134)

Nabi adalah orang yang kita patut mencontohi. Dia mempunyai sifat sabar dan pemaaf. Dengan kelembutannya, dia dapat menaklukkan musuh-musuhnya.

Kita juga perlu berdoa kepada Allah agar hati kita menjadi lembut, kerana sebenarnya rasa sabar dan memaafkan datang dari Allah.


Sebagaimana Allah Swt berfirman:

كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Artinya: “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” (QS. Ali Imran:159)

Jadi ketika masih terasa hangatnya suasana Hari Raya ini, jangan lepaskan peluang untuk memohon kemaafan dari orang sekeliling anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,051 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen