Suami Tidak Sedar Tanggung Jawab Yang Sebenar, Isteri Yang Terpaksa Tanggung Semuanya. Ikuti Kisah Dan Nasihat Ini.

 

Pada masa kini, sudah lumrah dunia si isteri yang mempunyai kerjaya dan pendapatan yang lebih tinggi daripada si suami. Jika ada suami yang tahu tanggung jawab sebenar sebagai pemimpin dan menghargai isterinya, ianya hanya dalam peratusan kecil sahaja. Namun, ada sahaja suami yang menganggap isteri mempunyai kerjaya tidak perlu lagi memberi wang perbelanjaan apatah lagi nafkah.

Akan tetapi situasi ini hanya memberi tekanan kepada isteri sahaja kerana ia ibaratkan si isteri yang menjadi pemimpin keluarga dan terpaksa mengeluarkan semua wang demi keluarga. Tidak hairan sekiranya situasi ini menjadi toksik pada si isteri dan mula menjadi pergaduhan.

Melalui perkongsian dari Puan Marlia Ramli ini, adanya seorang isteri mengadu nasib tentang dirinya berkenaan dengan situasi di atas, dan ini nasihat darinya...

********

ISTERI TANGGUNG SEMUANYA?

--------------------------------------

Salam Puan yang dirahmati dan disayangi Allah,

Puan bukan wanita pertama yang berkongsikan hal sedemikian kepada saya. Beginilah majoriti kualiti suami di akhir zaman. Saya faham semakin kurang arjuna berkualiti saban hari. Tetapi.. sebagai ibu kebahagiaan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan. Maka.. kebanyakan isteri memilih untuk bertahan.

Kesabaran itu pahala sebagai ganjaran.

Sememangnya syurga adalah mahal buat hambaNya. Bersabarlah… Namun dalam masa yang sama saya cadangkan Puan mula lakukan senarai rekod keluar masuk perbelanjaan dengan jelas. Setiap bulan emailkan atau buat satu whatapps group bersama suami untuk dihantar senarai perbelanjaan.

Dengan melakukan cara di atas, lama kelamaan suami akan lebih nampak.

Minda lelaki mudah lupa jika berbincang secara verbal. Melalui bertulis maka beliau dapat melihat secara straight forward.

Semoga ini dapat menimbulkan kesedaran dalam diri beliau. Supaya beliau semakin segan dengan bebanan kos yang Puan tanggung bagi pihaknya untuk anak-anak dan keluarga.

Ramai suami yang lupa, sengaja cuai memberi nafkah kepada isteri adalah penyebab mengapa rezeki semakin sempit dan semakin sedikit. Maka.. dapatkan bantuan individu yang suami hormati untuk menegur mengenai soal ini secara baik. Individu ini haruslah manusia yang faham agama dan lembut dalam bicaranya. Agar keadaan bertambah baik sentiasa.

Jika saudara mara sangka suami Puan yang beli semua barangan, berterus terang sahaja. Zaman isteri memendam perasaan dah lama berlalu. Bagitau dengan sopan mengenai perkara ini. Selain itu, kuatkan hati. Jika suami pesen pinjam wang tak bayar, usah lagi beri pinjam. Jadikan allocation tersebut sebagai persediaan di masa-masa kegelapan.

Asingkan tabung khas untuk kebajikan diri. Sebagai wanita, saya faham kita semua memiliki had kesabaran. Suatu hari nanti andai kita hilang sabar, sekurang-kurangnya persediaan diri mampan. Bina tabung beli rumah jika belum ada rumah 100% sendiri. Kumpul emas sebagai simpanan rahsia dan pelbagaikan tabungan.

Sesungguhnya Allah tak bagi ujian pada sesiapa yang tidak mampu. Maka… teruskan bersikap tabah juga berusaha. Allah uji kerana sayang. Allah uji kerana rindu. Banyakkan merayu dan berdoa pada Allah. Kita manusia hanya berusaha. Namun yang memegang hati suami adalah Allah semata-mata. Saya doakan kesulitan keluarga Puan dipermudahkan dan semoga semua wanita berbahagia sentiasa.

Nota tambahan : galakkan suami buat kerja kedua jika pendapatan nya terlalu kecil. Set kan hal-hal wajib seperti rumah, kos anak dan belanja dapur di bawah tanggungjawab beliau. Jangan terlalu beri muka pada suami yang mahu hidupnya ditaja percuma.

Salam sayang peluk cium dari saya yang sayangkan semua wanita – Marlia Ramli (30 Mei 2019)

#kongsilmu
#learnfromobservation

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,263 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen