Elak Berhutang Untuk Majlis Kahwin Dengan 8 Tip Ini.

 

Pelaksanaan sesebuah majlis perkahwinan tentunya memerlukan sejumlah wang yang besar. Semua ini dilakukan demi memastikan majlis tersedia sempurna dan berlangsung dalam suasana yang meriah. Namun ia bukanlah bermakna anda harus menjadikan hutang sebagai jalan penyelesaian untuk mendapatkan kesempurnaan majlis kahwin. Oleh itu pastikan bakal raja sehari bijak mengatur langkah dalam merencanakan majlis kahwin yang serba lengkap agar anda bebas daripada hutang.



1. Buat bajet.

Bagi memastikan majlis yang diatur berjalan serba lengkap, pastikan anda membuat kiraan bajet mengikut kemampuan simpanan yang anda miliki. Kemudian bahagikan keseluruhan wang itu kepada bajet majlis kahwin dan bajet untuk kegunaan selain majlis kahwin. Kira dengan teliti agar segalanya mencukupi dan tidak melebihi had bajet anda.

2. Semak perbelanjaan.

Semak setiap perbelanjaan dengan teliti agar ia sentiasa berada dalam kawalan. Pastikan anda mendahulukan keperluan utama untuk majlis kahwin sebelum mempertimbangkan untuk membeli barangan sampingan. Catatkan senarai segala barangan yang diperlukan agar wang yang dibelanjakan tidak melebihi bajet yang telah ditetapkan.



3. Buat senarai semak.

Senarai semak merupakan perkara wajib ada sebelum melaksanakan majlis kahwin. Jika bajet anda terhad, senaraikan perkara yang lebih penting dahulu seperti lokasi majlis, makanan, solekan, busana dan jemputan tetamu. Kelengkapan muzik, deejay, penggambaran foto di luar dan gadis pengiring yang tidak menjadi keperluan boleh diketepikan terlebih dahulu.

4. Kejar 'jualan murah'.

Ambil kesempatan untuk mendapatkan pelbagai keperluan majlis kahwin di ekspo atau festival perkahwinan. Ini kerana harga yang ditawarkan di ekspo perkahwinan sebegini jauh lebih murah berbanding biasa. Selain harga murah, pengusaha atau penganjur ekspo perkahwinan ini turut menawarkan banyak hadiah menarik. Tentu sahaja cara ini menjimatkan poket anda.

5. Belanja ikut kemampuan.

Ukurlah baju di badan sendiri. Terlebih dahulu pastikan anda ketahui bajet sebelum membuat sebarang perbelanjaan. Jika bajet anda agak terhad, utamakan persiapan yang lebih penting. Ini dapat membantu menjimatkan perbelanjaan serta mengelakkan wang anda tidak mencukupi di saat-saat akhir. Tiada salah untuk mempelbagaikan perkara di majlis perkahwinan, namun janganlah sehingga sanggup berhutang hanya untuk memenuhi kehendak anda itu.



6. Kira kos sebenar.

Adalah lebih baik jika anda mengetahui harga sebenar setiap barang dan kos sampingan yang perlu dibayar. Cara ini dapat memudahkan anda untuk membuat perbandingan bagi jumlah perbelanjaan setiap barangan atau perkhidmatan dengan lebih tepat.

7. Perbincangan dua pihak.

Perbincangan dengan pasangan tentang perihal perkahwinan merupakan perkara yang paling penting. Semestinya segala perkara yang ingin dilaksanakan mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Berbincang secara baik jika ada perkara yang tidak mampu untuk dibiayai agar penyelesaian setiap satunya dapat diatasi bagi mengelakkan pergaduhan. Jangan disebabkan untuk memuaskan hati orang lain, anda terpaksa berbelanja besar hingga melebihi had kemampuan.

8. Buka akaun simpanan bersama.

Apabila sudah bergelar tunangan, anda dan pasangan boleh membuka akaun simpanan bersama sebagai langkah persediaan untuk menyempurnakan majlis perkahwinan. Tiada salahnya untuk saling membantu kerana ia merupakan fasa pertama sebelum anda berdua bergelar suami isteri. Pastikan anda berdua mempunyai sikap jujur dalam membuka akaun bersama ini. Catat juga segala simpanan agar tidak timbul masalah berbangkit di kemudian hari.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,236 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen