Sepatutnya, Sebagai Suami Jangan Terlalu Berkira-kira Dengan Isteri Dan Anak-Anak.

 

Dalam menjalankan tanggung jawab sebagai suami, sudah tentu mempunyai tanggungan dan bebanan yang besar berbanding dengan isteri. Perlu menjadi insan yang lebih penyabar untuk melayan kerenah isteri dan anak-anak, malah dari segi kewangan jangan pula terlalu kedekut semata-mata ingin menyimpan membeli barang yang diminati. Kalau zaman bujang tidak mengapa, tetapi sekarang kehidupan sudah berlainan...

Seperti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini, ketika hari raya ini lah si suami jangan berkira dengan anak dan juga isteri...

********

Jangan Berkira Dengan Anak Isteri.

Raya datang setahun sekali sahaja. Kalau setahun sekali nak belanja untuk bahagiakan anak isteri pun berkira, rasanya sia-sia la bekerja hempas pulas cari duit sepanjang tahun tu.

Sia-sia sebab cari duit kalau bukan untuk anak isteri untuk siapa lagi?

Tadi teman isteri cari baju raya. Ada jumpa baju yang berkenan tapi harga mahal 300 lebih, isteri cakap tak apa lah cari kedai lain dulu.

Lepas tu jumpa lagi satu kedai yang ada sedondon dengan anak. Tahun ni tema warna ungu jadi jumpa je baju warna ungu mesti berhenti belek dulu.

Bila jumpa satu kedai ni harga berpatutan dalam 100 lebih seorang. Saya pun cakap boleh je kalau nak ambil yang ni tapi isteri macam berbelah bagi.

Dia pun cakap tengok lain dulu la. Keluar la kami 4 beranak dari kedai tersebut.

Pusing punya pusing dari aras G hingga aras 2 akhirnya balik semula ke kedai pertama tadi. Baju yang di kata mahal tadi, itu juga baju yang di beli.

Tanpa banyak cakap, saya bagi dompet pada dia dan suruh dia pergi bayar. Masa ni saya sedang jaga anak jadi susah sikit nak beratur bayar.

Kesimpulannya, saya kenal isteri saya, dia kalau dah berkenan, dia nak yang tu jugak. Dah masak!

Oleh sebab itu la saya tak pernah melarang, kondem atau berkata "Mahal la" jika dia nak beli sesuatu.

Jika saya rasa dia membazir atau beli sesuatu yang tak bermanfaat saya akan bagi "nasihat" sahaja. Nak beli atau tidak terpulang pada dia.

Baju tu asbab. Duit tu asbab. Dua benda ni tak ada nilai pun. Berguna kat dunia sahaja, yang lebih bernilai ialah kebahagiaan dan ketenangan.

Baju dan duit tu asbab anak isteri rasa bahagia, rasa tenang dan rasa sayang pada kita. Jika begini pun masih mahu berkira maknanya kita sedang berkira untuk hidup bahagia.

Belanjalah apa sahaja kehendak anak isteri selagi ada kemampuan nescaya segala apa yang kita minta Allah akan belanja kita.

Wallahu A'lam,

Mohd Fhais
Selalu mewahkan anak isteri, baru kita akan rasa kemewahan sebenar.

********

Semoga Diberi Inspirasi!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,364 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen