Macam Mana Nak Tau Kalau Pasangan Betul-Betul Maafkan Kita Ataupun Tidak? Jom Lihat Melalui 5 Situasi Ini.

 

Pada mereka yang sedang hangat bercinta, kadang-kala pasti akan berlaku sedikit salah faham. Tidak bertegur beberapa hari kerana mahu menunjuk perasaan. Kemudian menyesal dengan apa yang telah diluahkan, atau segala tindakan yang telah dilakukan pada pasangan.

Mungkin ada yang secara tiba-tiba minta untuk putus hubungan.

Ataupun mencemari hubungan dengan kata-kata nista.

Oleh disebabkan masih sayang dan cinta, pasti ingin meneruskan hubungan akan tetapi bagaimana mahu tahu sekiranya pasangan betul-betul sudah maafkan anda ataupun tidak?

Jom lihat melalui 5 situasi ini…

1. Bila si dia tidak lagi menghubungi atau menghantar teks seperti biasa.

Selepas berlaku pergaduhan, pasti anda dengan si dia merasakan kekok untuk hubungi antara satu sama lain. Yelah, usai sahaja bergaduh, hati masih membara, percikan sayang pun hilang. Jadi, memang tiada rasa keinginan untuk membuat panggilan, apatah lagi whatsapp.

Jika benar pasangan benar-benar sudah memaafkan anda, memadai sekiranya pasangan hantar pesanan ringkas. Mungkin hanya bertanya khabar, dah makan ke belum, dah habis kerja ke.

2. Tiada lagi panggilan baby sayang.

Selepas sahaja berlaku pergaduhan, pasti sukar untuk menyebut panggilan sayang, honey, baby, abang dan sebagainya. Mungkin si dia lebih senang dan selesa dengan panggilan ‘awak saya’ atau pun ‘I’ ‘U’ sahaja.

Sekiranya ini yang berlaku, apa salah anda yang memulakan dengan panggilan baby sayang. Pasti cair hatinya mendengar nanti.

3. Tiba-tiba keluar mencari rakan.

Sekiranya sebelum ini, pasangan anda lebih selesa berada di rumah sahaja, atau meluangkan masa dengan menonton movie di rumah, bermain dengan kucing dan sebagainya, tetapi tiba-tiba pada hari tersebut mahu keluar dengan kawan.

Anda menjadi pelik kerana kebiasaannya pasangan anda bukan seorang yang suka lepak membuang masa dengan rakan-rakan.

Lebih teruk apabila situasi menjadi…

“Kawan yang mana ni? Saya tak tau pun..”

“Ada laaa,,, saya tak pernah cerita kat awak pun pasal dia…”

4. Tiba-tiba bergaduh atas hal remeh.

Dan yang paling jelas anda boleh ihat sekiranya pasangan masih belum memaafkan diri anda adalah dengan secara tiba-tiba perkara kecil boleh jadi pergaduhan. Anda drive perlahan, si dia akan mengamuk tak tentu pasal, cuaca panas pun boleh menyebabkan si dia marah-marah.

Sekiranya ini yang berlaku, anda patut layankan sahaja perangainya dan jangan jadi api pula. Cuba untuk jadi air supaya api kemarahannya terpadam. Bagi perempuan, jangan selalu sangat bermasam muka, memang mati mood teman lelaki anda nanti.

5. Tiada quote atau status meroyan di whatsapp story.

Ini selalu terjadi pada kaum wanita, kerana kaum lelaki memang jarang atau sukar untuk post status di sosial media. Sekiranya anda lihat teman wanita asyik post status yang meroyan atau melayan perasaan, ini bermakna hatinya masih lagi belum memaafkan diri anda.

Perempuan ni kalau ada betul-betul sudah maafkan teman lelakinya, cuba lihat DP (Default Picture) di mana-mana sosial media. Tiada lagi gambar perempuan sedang menangis. Tapi gambar dirinya yang sedang posing comel. Eh!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,965 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen