Kahwin, Persediaan Mental Dan Ekonomi.

 

Berkahwin dan mempunyai pasangan impian setiap insan. Namun, ramai tidak sedar, perkahwinan memerlukan pengorbanan yang besar di antara kedua-dua belah pihak. Berkahwin adalah satu tuntutan ibadah, justeru pasangan yang mahu berkahwin perlu mempersiapkan diri mengenai ilmu perkahwinan dan bersedia memikul tanggung jawab sebagai suami dan isteri.



Pasangan perlu bersedia bukan sahaja dari segi ilmu fardu ain dan fardu kifayah, malah persediaan fizikal, mental, ekonomi juga sosial diri. Pada masa sama perlu memilih calon sesuai sebelum membuat keputusan untuk berkahwin bagi mengelakkan berlakunya ketidaksefahaman dan perceraian.

Selain itu, ekonomi yang stabil dan simpanan cukup perlu dititikberatkan sebelum berkahwin supaya tidak berlaku masalah ekonomi. Pengurusan stres dan konflik harus dipelajari supaya pasangan menjalani kehidupan lebih baik.



DALAMI HUKUM HAKAM PERKAHWINAN.

Pasangan yang mahu berkahwin juga perlu mengetahui cara mengawal perbelanjaan keluarga agar tidak terjebak dengan masalah kewangan atau hutang-piutang. Mereka harus merancang pembelian serta mencatat perbelanjaan bulanan agar tidak berlakunya konflik kelak. Pasangan suami isteri juga harus bijak mengurus masa dalam kehidupan seharian termasuk meluangkan masa bersama keluarga. Pada masa sama, pasangan juga harus tahu cara mengawal keadaan terutama ketika tertekan agar tidak berlaku pengabaian tanggungjawab, penganiayaan, kecurangan serta perceraian.



Teknik mengurus tekanan seperti mengenal pasti punca dan tahap tekanan, mengambil tindakan tertentu dan bantuan pakar (jika perlu) harus dipelajari daripada awal lagi. Maka, kursus pra-perkahwinan wajib dihadiri sebelum perkahwinan kerana peserta didedahkan mengenai ilmu perkahwinan dan pengurusan konflik. Kursus ini tidak boleh dipandang remeh kerana sangat penting untuk mendedahkan ilmu perkahwinan kepada peserta yang mengikutinya. Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Haji Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, berkata, individu yang mahu berkahwin (sama ada lelaki atau wanita) perlu mengenali bakal teman hidup mereka sebaik mungkin.

“Jangan terburu-buru kerana dikhuatiri akan merugikan selepas perkahwinan. Biar berpisah ketika bertunang daripada berpisah setelah kahwin. Paling penting, dalami hukum hakam perkahwinan. Bagi calon suami, sangat penting untuk mendalami hukum hakam nikah khususnya bab nafkah, talak dan lain-lain,” katanya mengenai persediaan sebelum berkahwin. Tambahnya, nota daripada kursus perkahwinan saja tidak memadai. Justeru, sebagai persediaan awal pasangan yang mahu berkahwin boleh merujuk buku agama berkaitan tanggug jawab suami isteri secara umum dan khusus.

“Dari segi sikap, buanglah segala ego yang ada dalam diri selain bersedia menerima pasangan seadanya di samping memberi peluang untuk pasangan memperbaiki kelemahan diri.”


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,591 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen