“Masa Puasa, Berat Badan Turun, Tapi Pipi Tembam..” Jangan Takut Pipi Tembam, Ini 6 Kelebihan Yang Anda Dapat.

 

Bertungkus lumus anda menurunkan berat badan ketika berpuasa, tetapi pipi anda masih kekal tembam. Ada juga segelintir individu yang memiliki badan yang kurus, tetapi struktur muka masih bulat dan memiliki pipi yang tembam. Berkemungkinan besar tulang pipi atau dipanggil cheek bone anda tinggi, malah anda memiliki rahang yang sedikit lebar berbanding dengan orang lain.

Jangan terlalu rendah diri sekiranya anda memiliki pipi tembam, kerana…

1. Nampak awet muda.

Dengan memiliki pipi tembam, anda sebenarnya kelihatan lebih muda berbanding dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda kelihatan awet muda atau baby face dan tidak dimakan oleh usia. Bersyukur lah sekiranya masa raya nanti, anda lebih banyak dapat duit raya berbanding dengan rakan-rakan kerana mereka sangkakan anda masih budak sekolah. Hehe…

2. Nampak lebih comel.

Pipi tembam sebenarnya membuatkan anda menjadi lebih comel jika dibandingkan dengan mereka yang berpipi runcing. Memang nampak cantik dengan berpipi runcing, dagu yang panjang, tetapi kadang-kala mereka ini kelihatan seperti orang sakit pula sekiranya terlalu kurus.

Kadang-kala ada juga orang yang geram dengan pipi anda sampaikan mahu mencubit atau mengusik. Pada mereka yang bersuami, memang sering jadi mangsa ciuman agaknya.

3. Nampak lebih sihat.

Seperti point nombor 2, kalau pipi runcing akan membuatkan anda seperti kurang sihat, akan tetapi pipi tembam jadikan anda lebih sihat. Selalunya orang yang sihat ni, mesti orang akan tanya “Bahagia nampak, mesti ada orang jaga ni…” walaupun single, tetapi apa salahnya, kita tetap nampak gembira dengan berpipi tembam.

Tak la orang sering kata “Kurus, sakit ke?”

4. Nampak lebih peramah.

Mereka yang berpipi tembam kelihatan lebih peramah dan dapat menyesuaikan diri dengan orang ramai. Ini kerana mereka yang berpipi runcing kelihatan ramai yang takut untuk dekati kerana struktur wajah yang agak sombong dan kurang senyum.

Sebab tu wanita atau lelaki yang berbadan chubby lebih mudah didekati oleh orang ramai. Mereka ni positif.

5. Nampak bahagia dan ceria.

Selain daripada itu, mereka yang memiliki pipi tembam sebenarnya mampu membuatkan diri sendiri nampak bahagia dan ceria. Sekiranya memiliki lesung pipi, wajah lebih nampak berseri, sebab itu dilihat lebih friendly. Mereka ini juga mampu membuat suasana menjadi lebih ceria dengan kehadiran dirinya.

6. Nampak lebih feminin.

Di samping memiliki wajah yang comel, wanita yang berpipi tembam ini lebih kelihatan feminin kerana personalitinya. Lebih suka dengan gaya flora dan fauna dan juga pemilihan pakaian yang feminin.

Jadi, jangan risau ya kalau anda berpipi tembam. Think positive!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,939 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen