Gugup Sampai Gagap Mahu Berjumpa Ibu Mertua Masa Raya Nanti? Ikuti Tips Mudah Ini.

 

Gagap adalah satu penyakit dimana si penghidap mempunyai gangguan komunikasi ketika ingin berbual. Akan tetapi, ada juga segelintir daripada kita akan gagap apabila mengalami beberapa situasi sahaja ketika dirinya begitu gementar.

Seperti ketika temuduga, presentation dan aktiviti yang memerlukan dirinya bertemu dengan orang ramai atau dengan individu yang tidak pernah bertemu lagi, termasuklah mahu berjumpa dengan ibu mertua untuk pertama kali.

Bukan sahaja gagap, tangan dan mukanya juga akan berpeluh kerana terlalu ‘nervous’.

Image result for nervous and sweating gif
Kredit: Giphy

Jadi, pada mereka yang sering merasakan apabila berbual sahaja pasti akan tergagap-gagap, ikuti 5 tips mudah ini supaya ibu mertua faham apa yang anda cuba sampaikan…

1. Tarik nafas dahulu sebelum ingin berbicara.

Bertemu dengan insan yang anda belum pernah berjumpa atau jarang berjumpa kadang-kala akan membuatkan diri kita menjadi tertekan. Tertekan mungkin disebabkan takut dengan persepsi mereka terhadap anda, termasuklah persepsi pertama kali ibu mertua melihat anda.

Pasti anda rasa ada sahaja yang tidak kena dengan diri anda pada waktu itu.

Jika ini yang berlaku, cuba tarik nafas dalam-dalam dulu sebelum nak berbual dengan ibu mertua. Pernafasan anda juga perlu betul supaya anda mudah berkata-kata. Apabila pernafasan tersekat-sekat, kata-kata anda juga menjadi tidak betul.

2. Jangan cakap terlalu laju.

Apabila kita terlalu stress, secara tidak sedar kita akan bercakap dengan laju seperti kereta api kerana kita mahukan masa pertemuan tersebut habis dengan pantas. Tapi, kalau anda cakap laju-laju pun, ibu mertua masih tidak faham dengan kata-kata anda, jadi cuba bercakap dengan perlahan-lahan dan teratur.

Jangan asyik fikir, bila la nak habis waktu. Cuba bertenang dan luangkan masa sehabis baik dengan keluarga pasangan anda. Masa ni la nak berkenalan.

3. Betulkan cara duduk anda.

Cara anda duduk atau berdiri juga boleh menjadi punca anda tiba-tiba gagap dengan ibu mertua. Jangan terlalu bongkok sehingga mahu sembunyikan kepala anda ibarat kura-kura. Dengan cara duduk yang salah juga akan menyebabkan saluran pernafasan anda menjadi tersekat sehingga kata-kata anda pun tak betul.

Mula daripada sekarang, betulkan postur badan anda ya! Ia juga baik untuk kesihatan badan.

4. Cuba berfikir dengan positif.

Selain daripada itu, anda juga perlu berhenti membuat andaian yang negatif tentang keluarga pasangan anda. Berhenti fikir bukan-bukan seperti:

  • Mesti dorang tak suka aku nanti.
  • Aku ni pendiam tak tau nak bual apa.
  • Boleh ke dorang terima aku?
  • Apa agaknya first impression dorang?

Dengan bersangka buruk dan fikiran yang negatif ini juga akan membuatkan anda tidak banyak berbicara dan kadang-kala akan menjadi gagap juga. Buang semua fikiran ni. Hari raya kan, semua orang nak bergembira!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,882 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen