“Raya Nanti Mesti Makan Banyak, Berat Badan Pun Naik Mendadak…” 5 Tips Untuk Anda Mahu Kawal Makan Ketika Hari Raya.

 

Wah, wah, wah raya dah nak dekat ni, terbayang-bayang lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang, air manis pelbagai warna dan sebagainya.

Tapi......

Buat penat berhempas pulas ketika berpuasa untuk turunkan berat badan selama sebulan, takkan nak biarkan berat naik mendadak dengan hanya satu hari sahaja? Pasti rasa menyesal tak sudah nanti.

Jadi, bagi mereka yang mahu mengawal nafsu makan dengan banyak ketika raya nanti, cuba 5 tips ini dengan mudah..

1. Pastikan cukup minum air putih.

Sudah sedia maklum, anda pun tahu jadual untuk minum air putih, kan? Jadi, amalkan minum air putih sejurus sahaja anda bangun dari tidur. Kemudian sebelum mahu makan berat, minum air putih dahulu sebelum menikmati juadah hari raya. Kalau nak ada perasa sedikit, perah la limau.

Dengan adanya perahan limau tersebut, mampu untuk menyekat selera anda.

2. Minum green tea.

Di atas meja, sudah tentu pelbagai air yang akan dihidangkan. Bukan sahaja air panas seperti kopi, teh tarik, milo, bahkan ada pula air manis pelbagai warna seperti sirap, air jagung, sarsi dan sebagainya.

Jadi, untuk mengelakkan anda ‘craving’ nak minum air manis ini, mulakan dengan minum green tea terdahulu untuk menghilangkan rasa ‘craving’ anda.

Kemudian sebelum tidur, amalkan minum segelas green tea juga.

Tips: Bagi mereka yang menghidapi gastrik jangan terlalu kerap minum green tea kerana kandungan anti-oksidan yang tinggi. Lebih elok berselang hari.

Tips: Ingat, minum green tea tanpa gula ya, BUKAN green tea Thai susu lemak berkrim tu.

Related image
Kredit: ThaiTea

3. Utamakan buah-buahan sebagai ‘snack’ anda, bukannya biskut raya.

Pelbagai aneka biskut raya memang mengiurkan, antaranya kuih samprit, almond london, cookies, tart nenas, kuih bangkit dan sebagainya. Terletak sahaja di atas meja tanpa sesiapa yang menjamah membuatkan diri anda semakin kuat mahu mengunyah biskut raya.

Boleh, tetapi jangan pula dijadikan sebagai ‘snack’ anda, sampai habis satu balang anda kerjakan. Jadikan buah-buahan sebagai ‘snack’ anda ya!

4. Jangan sesekali pergi ke rumah orang dalam keadaan perut kosong.

Orang melayu ada satu mentaliti dimana jika mahu pergi ke sesuatu majlis keramaian pasti mahu pergi dengan perut kosong. Yelah, perut kosong nanti boleh makan banyak hidangan dengan puas hati. Jadi, buang mentaliti seperti ini.

Jangan biar perut kosong bila pergi beraya kalau anda mahu mengawal berat badan.

5. Buat pekak sahaja kalau orang cakap ‘Diet ke?’

Image result for not hearing gif
Kredit: Giphy

Mata orang sekeliling ini memang peka apa sahaja yang kita lakukan, termasuklah meletak makanan di atas pinggan. Asalkan sedikit sahaja makanan yang diisi..

“Eh, sikitnya, makan la lagi, banyak aku masak ni….”

“Sikit je makan, diet ke?”

Apa yang anda boleh lakukan, senyum dan buat macam tak dengar je.

Atau kalau nak lebih sopan, beritahu sahaja tuan rumah tersebut memadai kalau masak sikit sebab anda memang tengah ‘On Diet’.

Tapi jangan lupa bersenam ya!

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 397,859 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen