Percaya Pada Money Magnet Dan Cium Duit Tarik Rezeki, Hukumnya Syirik & Berdosa.

 

Siapa sangka masih lagi ada yang percaya perkara-perkara sebegini pada saat teknologi semakin canggih ini. Mungkin kerana hasutan syaitan, dendam, benci serta sifat ingin berjaya lebih dari orang lain menyebabkan sesetengah orang masih lagi percaya akan penggunaan bomoh, dukun dan tilik nasib ini. Walaupun seperti jarang berlaku, tetapi ia masih tetap wujud disekeliling kita.

Perkara yang sememangnya mendatangkan dosa, tetapi masih ada sahaja yang melakukannya seolah-olah tidak takut dengan perbuatannya itu. Mari sama-sama kita ingatkan diri kita untuk menjauhi perkara ini berdasarkan perkongsian dari Ustaz Farid Rashidi.



Tak sangka dalam dunia serba moden, dah nak masuk teknologi 5G pun masih ramai yang percaya tukang tilik nasib dan bomoh.

Ada beberapa orang hantar mesej tanya pasal ini. Mengeluh panjang juga nak jawab soalan begini. Geram, sedih, serba-serbi ada.

Ada yang saya diamkan saja.

Makna taknya, sampai ada bergaduh laki bini, hancur keluarga, pecah saudara, putus rakan, bisnes jahanam gara-gara sihir, bomoh, percaya benda khurafat dan syirik.

Fuhh, dahsyat! Dahsyatkan? Kan?

Ingat ya, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
“Sesiapa yang datang kepada bomoh, lalu bertanya kepadanya sesuatu, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari.”
[Hadis Riwayat Muslim, no. 4144]

Berhati-hati juga bagi mereka yang taksub dan percayakan ramalan nombor nasib, money magnet, amalkan teknik “cium duit” kononnya nak tarik duit, tentukan sifat seseorang melalui tarikh atau nombor tertentu melalui ilmu numerologi.

Kesemuanya kepercayaan itu adalah berdosa di sisi Islam ya.

Macam itu juga kepercayaan pada nombor-nombor tertentu yang memberi aura berbeza. Selalunya sebar dan diajar oleh segelintir individu dalam program motivasi, seminar atas nama 'tarik rezeki' dan lain-lain.


Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
"Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad”
[ Hadis Riwayat Ahmad, no. 406]

Allahu Rabbi. Bukan benda main-main. Boleh jadi kufur tau. Hati-hatilah. Biasanya 'mereka' sangat bijak dan licik mengawal minda manusia.

Dan paling tak boleh blah, mereka cepat jadi kaya segera. Bomoh, trainer 'tarik rezeki', tukang tenung nasib dan seangkatannya yang dapat duit hasil manipulasi ke atas orang lain.

Apapun, semoga kita semua terselamat daripada fitnah dunia, Iblis dan Syaitan.


Sharelah, agar ramai yang lebih berhati-hati dengan tipu daya dan fitnah itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,706 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen