Suami, Jangan Asyik Fikir Apa Yang Isteri Buat Itu Membazir, Kadang Mereka Lakukan Itu Sebab Nak Jaga Air Muka Anda.

 

Orang perempuan ini hatinya lembut, dan mudah tersentuh. Kadang itu, niat kita bukan nak marah tetapi terkasar sedikit sahaja mereka sudah terasa. Tidak cukup iu, tak pandang dan tak senyum dengan mereka juga, mereka sudah mula merasakan ada yang tak kena.

Suami-suami kenalah faham isteri-isteri kalian, tidak kiralah mereka itu kasar ataupun brutal sekalipun bila diherdik dihadapan orang ramai pasti akan terasa dan akhirnya akan menangis juga. Hati wanita ini jangan dibuat main.

Hargai isteri kita ini selagi mereka masih ada disisi kita. Isteri-isteri kita ini sebenarnya banyak berkorban menjaga maruah suami sendiri tanpa anda sadari. Apa yang mereka lakukan pasti akhirnya suami juga yang dapat nama. Mari kita sama-sama hadam perkongsian daripada Puan Intan Dzulkefli ini. Banyak isi tersirat dan tersurat yang perlu difahami bersama.



"Mahal-lah! Dah letak balik!" jerkah suara si suami.

Nampak reaksi sedih di wajah isteri dan anak yang ditempik.

Allah.. Kita yang berada berhampiran pun terasa tempiasnya.

Pesan awal-awal.

Boleh rosak mood window shopping apabila melihat lelaki yang marah-marah isteri, marah-marah anak-anak di tempat awam begini.

Wahai encik suami, jika tidak mahu isteri memilih baju yang mahal, atau usik barang mahal bila keluar shopping, dalam rumah atau dalam kereta sila beritahu siap-siap berapa bajet yang ada. Larang siap-siap, dah lihat harga barulah boleh sentuh.

Orang perempuan ni bila dia lihat cantik, mulalah dia nak mencuba, atau dia suruh suaminya cuba. Kadang, dia cuma sentuh, belek-belek dan sekadar mencuba sahaja. Bukan nak beli sangat pun, tetapi bila reaksi suami yang marah-marah, boleh sedih dibuatnya isteri dan anak-anak yang ceria nak shopping barang raya tadi.

Berpakaian sedondon, buat persiapan raya ni memang seronok kalau semua sehati sejiwa, tak banyak cerita, suami beri izin dan support. Tiada perli-perli, tiada kata-kata menyakitkan hati.

Namun, kalau dapat salah satu pihak yang 'bekeng', itu tak nak, ini tak boleh, itu tak payah, ini membazir. Pendek kata semua pasangan nak buat, semua dibantah, semua nak marah-marah, terasa tak bermakna semua itupun.

Isteri kumpul duit sendiri.

Tiada makna jika baju sahaja lawa berwarna sedondon, tetapi hati penuh rasa tak puas hati sesama sendiri. Lebih baik tidak ada buat apa-apa, hati tak sakit, duit pun tak terusik. Walau akhirnya duit itu tetap akan habis juga, percayalah.
Biasa orang perempuan yang sibuk hendak sedondon, nak beli itu ini, buat persiapan raya. Sebab mereka seronok. Kadang isteri tak mahu susahkan suami, mereka sendiri berdikit kumpul duit untuk beli itu ini.

Bukannya apa, kebanyakan isteri kadang berkorban, guna duit sendiri untuk beli serba sedikit, untuk menjaga air muka pasangan juga bila tetamu berkunjung. Biarpun akhirnya orang akan fikir itu semua duit poket suami walau ada sesetengah suami, tak pernah ambil tahu pun.

Ya, demikianlah sayangnya, tak ramai suami fikir semua ini. Betapa hal-hal remeh ini sebenarnya mendatangkan rasa seronok di hati isteri. Sesetengahnya tak habis-habis fikir ini semua hanyalah membazir! Tak habis-habis nak menghabiskan duit!

Masih terkesan rasa hati ini dengan peristiwa tadi. Hati tisu betul

Wahai suami, hargailah isteri. Selagi tidak berlebihan, apa kata raikan sahaja permintaan mereka. Isteri dan anak-anak kalian sahajalah orang yang sudi pakai warna yang sama dengan kalian, berseronok meraikan hari lebaran bersama. Cuba tanya orang lain, tentu tak hingin mereka nak ada pakaian sama tona warna dengan kalian pun.

Jangan bila dah tiada nanti baru hendak terkenang, 'kalau isteri saya ada... Tentu dia buat ini, buat itu bila nak raya macam ni...' Dah terlambat! Itu semua dah berlalu...

Maaflah emosional sedikit.

Entahlah.. Doa diri ini buat semua isteri yang diuji dengan suami jenis begini, semoga rahmat Allah-lah semata yang mampu membahagiakan hati kalian, InsyaAllah. Biarpun mungkin tiada siapa mengiktiraf khidmat kalian dalam bab yang dianggap 'remeh' dan 'membazir' ini, percayalah, semoga ia bernilai pahala di sisi Tuhan.

Sempena malam-malam Ramadan yang bakal meninggalkan kita ini, jangan lepas dari bibir untuk berdoa,
"Allahuma innaka afuwwun tuhibbul 'afwa fa' fu anni,"

Moga Allah jugalah yang akan membalas kalian dengan sebaik-baik perhiasan, secantik-cantik pakaian di syurgaNya kelak di hari merayakan kemenangan paling besar, bertemu lelaki yang paling sayangkan kita, itulah dia Rasulullah SAW. Aamiin.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 406,191 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen