Ubah Niat Kita Beri Duit Raya, Jangan Terikut-Ikut Dengan Budaya Lain.

 

Kalau zaman kanak-kanak kita dulu, Hari Raya ini pasti akan dikatikan dengan ketupat rendang, pulang ke kampung, kunjung mengunjung serta yang paling penting adalah duit raya. Kalau masa kecil dulu kita selalu terima duit raya dari makcik pakcik atau abang kakak yang sudah berkerja. Sekarang bila kita sudah berkerja dan berkeluarga giliran kita pula beri duit raya.

Eh tapi kita beri duit raya ini disebabkan apa?

Bukan ke kita beri duit raya ini dengan niat untuk bersedekah, tetapi mengapa kita beza-bezakan isinya? Tetapi mengapa bila beri sedikit, kita diperlekehkan? Adakah niat menerima dan memberi duit raya kita itu salah?

Cuba kita baca sedikit perkongsian dari Mohd Fhais ini. Semoga sama-sama kita dapat mengubah niat pemberian duit raya kita nanti.



Tolong ubah niat kita bagi duit raya !!

Saya takut cara pemberian kita tu jadi salah kerana ia boleh jatuh "tasyabbuh" ( meniru ) dengan budaya beri ang pow masyarakat cina.

Menurut pejabat mufti wilayah persekutuan jika niat memberi duit raya tu sebagai satu sedekah ia tak menjadi masalah.



Malah banyak manfaat pada si pemberi sedekah dapat jika bersedekah di pagi raya. Antaranya,

1 - Sedekah kepada mak ayah akan mendapat tiga ganjaran besar antaranya amalan birrul walidain ( berbakti kepada mak ayah ), menjaga silaturrahim dan pahala sedekah.

2 - Amalan bersedekah sesama saudara mara, kaum kerabat dan kawan-kawan dapat menjaga silaturrahim serta mendapat pahala sedekah.

Duit boleh di cari tapi silaturrahim yang ada ni mustahil boleh di tukar ganti.


Dengan syarat,

1 - Memberi duit raya tak salah asalkan tidak sampai memaksa diri ( takalluf ) untuk memberi dengan jumlah yang besar, luar dari kemampuan.

2 - Mereka yang menerima pemberian "duit raya" ni tak boleh merungut walau berapa pun jumlahnya. Sebaliknya perlu bersyukur dan mendoakan kebaikan pada si pemberi.

3 - Sebaiknya utamakan memberi "duit raya" kepada golongan fakir, miskin, dan golongan asnaf yang lebih memerlukan. Sedekah wajib bagi golongan asnaf ialah zakat. Oleh itu, sedekah sunat patut di dahulukan kepada mereka.

4 - Elakkan mengungkit terhadap pemberian atau penerimaan duit raya sebagai contoh, "Aku bagi anak dia duit raya RM50, dia bagi anak aku RM5 je". Tak ikhlas namanya ni!

5 - Jangan sesekali riak kerana beri duit raya besar dan jangan sesekali herdik mereka yang tak mampu beri.

Sambutan hari raya adalah hari kemenangan kita yang telah berjaya menahan lapar dahaga, serta berjaya menjinakkan hawa nafsu sepanjang bulan ramadan ini.

Semua umat islam layak menyambut hari raya ini. Baik yang miskin, kaya, tua, muda dan sebagainya.

Oleh itu, jangan sesekali kita mengukur tahap keikhlasan seseorang daripada "jumlah" duit raya yang di beri kerana setiap orang ada kemampuan berbeza.

Hari raya adalah tentang saling memaafkan, mengeratkan silaturrahim, budaya kunjung mengunjung, berkongsi kegembiraan dan memberi sedekah kepada yang memerlukan. Saya rasa ini yang lebih penting!

Wallahu A'lam,
Mohd Fhais

Jangan ajar anak meminta-minta duit raya, tapi kalau di beri salam tangan dan ucap terima kasih.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,797 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen