Hiburkan Hati Mak Mertua Ketika Beraya Di Kampung Dengan Lakukan Perkara Ini.

 

Kesian dekat mak ayah dekat kampung, setiap kali anak-anak nak balik beraya mereka ini sibuk bukan main. Nak sediakan itulah inilah. Tidak cukup barang di rumah, tambah baru, semuanya sebab nak bagi keselesaan untuk anak menantu serta cucu mereka.

Kalau hari-hari biasa beli ikan 2 atau 3 ekor aje tapi bilat ahu anak-anak nak balik kena beli 2 kilo itupun kalau anak-anak dan cucu-cucunya makan ikan kalau makan ayam lagi lah banyak belanja yang kena dikeluarkan.



Nampak tak mak ayah kita nak sambut kita pulang ke kampung macam mana? Sedangkan kita ini anak mereka bukan tetamu. Tidak kiralah anda sekadar anak menantu pun tetap sudah jadi anak mereka. Jadi tidak salah kalau Hari Raya tahun ini, kita sebagai anak dan menantu pula yang bahagiakan mereka. Bagi mereka duduk relex walaupun dekat rumah sendiri.

Takt ahu macam mana nak buat? Mari kita ikut pesan Pak Utih ini.

Tip Untuk Anak Menantu Yang Ada Anak Dua Tiga Gerabak Nak Hiburkan Mak / Mertua Beraya Di Kampung

Buat grup baru ( Whatsapp atau Telegram) khas keahlian semua anak-anak menantu yang balik dan yang tak balik kampung raya kali ini.

1. Pakat-pakat dengan semua anak menantu yang nak pulang ke rumah itu, bergilir menyediakan (sama ada beli atau masak) juadah pagi dan petang, makan pagi tengahari dan malam untuk seisi rumah. Mak rehat aje walaupun anak menantu berstatus “tetamu” Mak di kampung.

2. Berpakat dengan anak menantu untuk pastikan bilik dan atau kawasan tiduran masing-masing keluarga siap kemas sebelum jam 8 pagi, melainkan ada bayi yang memerlukan layanan istimewa. Mak tentukan sahaja sempadan dan kawasan tiduran masing-masing.

3. Anak memantu berpakat untuk minta kebenaran Mak jadikan satu bilik atau kawasan tertutup tempat mainan anak-anak atau nursery yang kawasan itu bebas kelintang pukangannya. Pastikan anak masing-masing tidak gunakan ruang tamu sebagai gelangan gusti,

4. Pakat-pakat anak menantu bawa sendiri kain cadar atau toto untuk alas tidur, kelambu igloo dan selimut kegunaan masing-masing dan bawa pulang untuk dibasuh di rumah sendiri. Untuk pakaian, buat sistem giliran atau “washing pool” bersama menggunakan mesin basuh. Jangan lupa bawa sendiri sabun basuhan masing-masing.

4.1 Kalau ada yang terpaksa tidur kat homestay atau hotel ( tak cukup bilik) jangan lepak lama-lama kat situ. Jangan datang ke rumah untuk makan sahaja dan jangan sembang sakan bilik hotel ada aircond sejuk giler. Menambah dosa raya je. Cepat-cepat datang ke rumah tolong kerja rumah tu ikut jadual yang ditetapkan.

5. Pakat anak menantu bersistem melayani, menyediakan makanan-minuman dan membasuh pinggan mangkuk untuk tetamu yang datang beraya. Tugas Mak dan Ayah hanyalah melayan tetamu sahaja.

6. Pakat-pakat anak menantu semua diberikan taklimat oleh suami masing-masing siapa mahram siapa bukan mahram yang akan ada di rumah itu nanti untuk bersedia menutup aurat masing-masing dan kawalan batas bersalam salaman pada bila-bila masa.

7. Pakat-pakat anak menantu untuk menentukan hanya satu sahaja handfon yang high end (tinggi pixel camera) untuk digunakan bergambar hari raya sekeluarga. Selepas itu diwassapkan sahaja gambar-gambar itu. Bergambar sekeluarga hanya dibenarkan selepas solat raya sahaja.

8. Mak dan Ayah tentukan jadual waktu sekeluarga untuk beraya di rumah jiran dan juga saudara mara di kampong itu.

9. Boleh juga pakat-pakat suami masing-masing sediakan sikit duit-duit raya untuk diedarkan kepada anak-anak jiran atau saudara mara yang datang beraya di rumah.

10. Sebelum meninggalkan rumah itu, pakat-pakat anak menantu buat semakan bilik tidur dan bilik air (pampers busuk di buang) bersuasana bersih seperti mana keadaan mula mula sampai.

11. Jangan lupa unjuk duit raya kepada Mak dan Ayah sebelum kembali ke tempat masing-masing.

Gerenti Mak menangis bila anak menantu dan cucunya melambai-lambai meninggalkan mereka berdua.

Selamat menghiburkan Mak dan Mak Mertua anda.................................... Pak Utih

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,047 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen