Apa Alasan Untuk Bertahan, Sekiranya Pasangan Ada Hati Dengan Orang Lain?

 

Zaman bercinta anak muda sekarang tidak sama dengan zaman orang dulu-dulu bercinta. Terlalu banyak kemungkinan yang menyebabkan anak muda masa kini sering ke arah perpisahan. Sama ada salah diri sendiri ataupun salah pihak nombor 3.

Namun, apa yang jelas kita lihat orang dulu-dulu, ibu bapa kita atau atuk nenek kita, boleh dikatakan jarang berlaku perceraian. Malah tidak banyak.

Nak cakap pasal perceraian pun takut. Apatah lagi nak berfikir pasal perpisahan. Kalau boleh ‘Tak Nak!’

“Walau apa jua terjadi, kita sama-sama harungi dugaan..”

Tak kira apa yang terjadi daripada masalah kecil sehingga lah masalah besar, mahu harungi dugaan tersebut bersama walaupun sudah sampai ke penghujungnya. Akan tetapi semuanya selamat dan tidak berlaku perceraian kerana pasangan suami isteri sama-sama menjalankan tanggung jawab.

Namun, sekarang, anak muda kelihatan mudah mengalah.

Sikit-sikit nak berpisah…

Sikit-sikit nak bercerai…

Sikit-sikit nak putus tunang….

Jadi, seperti soalan di atas ‘Apa Alasan Kita Untuk Bertahan Sekiranya Pasangan Ada Hati Dengan Orang Lain?’….

Tanya 3 soalan ini pada diri sendiri…

1. Sudah atau tidak kita berjuang demi orang yang kita sayang?

‘If she/he worth it for you, so fight!’

Anak muda takut untuk bertarung/berjuang, kerana terlalu cepat mengalah. Nampak keburukan sikit nak buang. Nampak kelemahan sikit, nak perkecilkan. Bukan berjuang berhabis baik untuk hubungan.

Kalau benar anda betul-betul yakin yang si dia tu jodoh anda, kenapa nak undur diri?

Sebab tak semua yang kita cintai itu kita akan miliki?

‘Sayang, hati dan perasaan kan milik Allah, kita tak percaya takdir Allah? Berdoa lah…’

Tetapkan konsep ‘Berjuang (Berusaha). Berdoa. Bertawakal’

2. Kenapa kita nak beri peluang orang gembira di atas kesedihan kita?

Sukanya pihak nombor 3 apabila diberi peluang untuk bercinta dengan kekasih kita. Dia menang. Kita kalah.

‘Tak apa lah, tak ada jodoh, nak buat macam mana?’

Ingat. Curang itu pilihan. Nak merampas pun adalah pilihan.

Kita bukan berserah kepada takdir. Tetapi kita biar pasangan membuat pilihan. Kita sendiri juga salah.

Terlalu takut untuk berjuang, sehingga tidak kisah pasangan membuat pilihan untuk mencintai orang lain. Ini adalah ujian untuk kita hadapi.

BACA: Perbaiki Diri Demi Pasangan, Namun Jika Ditinggalkan, Itu Adalah Ujian.

3. Adakah dengan melepaskan akan membuat kita bahagia?

Dah berjuang? Dah.

Nak beri peluang orang gembira di atas kesedihan kita? Tidak kisah, sebab adanya hukum kifarah.

Tapi adakah dengan cara melepaskan kepada ‘perampas’ akan membuat kita berasa bahagia?

Namun sedemikian, ini bukan teknik untuk terhegeh-hegeh atau mengejar. Tapi kalau dah si dia itu berbaloi untuk dijadikan sebagai jodoh anda, kenapa mahu biar di rampas?

Semuanya terpulang pada setiap individu sama ada kuat atau pun tidak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,164 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen