8 Tanda Anda Dah Redha Bergelar Anak Dara Tua.

 

Memangla jodoh itu ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang kami perhatikan, selalunya ada sebab kenapa wanita-wanita ini tak nak kahwin. Katanya sanggup jadi anak dara tua. Erm… Ini adalah jawapan yang kami perolehi daripada survey!



1. Dapat koleksi teman lelaki yang tak senonoh!

Pengalaman banyak mengajar. Mula-mula dapat boyfriend kaki kikis, kedua dapat kaki perempuan, ketiga pula dapat yang pemalas amat-amat. Kesimpulannya memang sanggup single sampai mati.

2. Frust menonggeng & tertiarap dengan cinta lalu.

Bercinta bagai nak rak dari zaman sekolah. Susah senang janji hidup bersama. Siap guna #tilljannah. Tau-tau si dia minta putus atas alasan mak dah cari calon menantu ustazah anak kampung sebelah. Wey! Memang deep sakitnya ni.



3. Hutang keliling pinggang.

Macamana lah nak kahwin sedangkan hutang PTPTN pun dah dekat RM30K. Belum masuk hutang kereta, hutang mak ayah lagi. Nasib baik GST tu bayar cash!

4. Kos perkahwinan yang tak masuk akal.

Sebenarnya kalau ikut Islam, pernikahan tu mudah sahaja. Namun, dek kerana adat Melayu, sekurang-kurangnya kena ada RM10k dalam tangan ( nampak tak perkataaan itu diboldkan?) Karang malu pulak buat majlis kecil-kecilan

5. Asyik dengar kes cerai sana-sini.

Fuh. Ini paling ngeri. Mana taknya, boleh dikatakan dah jadi macam trend pulak cerai-berai ni, terutamanya golongan selebriti. Eh, takyah cakap selebritilah, kami yakin anda mesti mempunyai kawan-kawan yang dah pun jadi ibu tunggal, janda berhias atau duda muda sekarang kan?



6. Lebih suka bercinta dengan kerja.

Macamana nak kahwin kalau diri tu dah diikat mati oleh company korang kan? Baru je nak kenal hati budi lelaki, bos korang pulak suruh datang office. Adoiyai!

7. Fobia bila dengar pengalaman kawan-kawan bersalin.

Caesaran, vacum dan macam-macam lagilah term yang digunakan untuk proses bersalin. Lagi-lagi yang jenis jaga penampilan nak lawa macam Che Ta je. Bila cakap bab bersalin, mungkin mereka buatkan golongan ni rasa ‘oh, nevermind’.

8. Nak jaga ibu-bapa dan keluarga.

Ini berlaku pada salah seorang kenalan penulis. Bukan dia tak cantik, bukan dia tak de orang nak, tapi katanya komitmen terhadap keluarga melebihi kepentingannya sendiri.

“Aku lebih sanggup melayan kerenah ibu tua yang sedang sakit dan juga memberi kasih sayang sepenuhnya kepada adik beradik daripada melayan lelaki yang belum tentu bersama aku forever and after.” – Statement ini memang paling deep!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,954 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen