Macam Mana Puasa Bagi Wanita Yang Keluar ‘Haid’ Terputus-Putus Tidak Cukup Sehari Semalam?

 

Tidak ramai dikalangan golongan wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal dan cukup 7 hari. Ini kerana ada segelintir daripada mereka mengalami haid putus-putus dan tidak cukup sehari semalam. Situasi sebegini sudah tentu menjadi keraguan bagi mereka yang mahu berpuasa pada bulan Ramadhan.

Contoh situasi:

Seorang wanita mengalami keluar darah sikit setitik dalam dua hari pada 4 dan 5 hb. Mei. Sehari sebelum puasa dengan hari pertama puasa. Apabila esoknya tidak keluar darah, wanita tersebut mandi wajib dan berpuasa sehingga 17 Mei.

Akan tetapi darah haid keluar 18 Mei sebelum waktu asar, dan tidak pasti keesokkan harinya darah haid akan keluar ataupun tidak.

Jadi, adakah pada tarikh 18 perlu dikira sebagai hari ke 15 haid atau hari pertama haid semula, bagaimana keadaannya yang berpuasa ketika 12 hari tersebut?

Daripada pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji memerikan istilah haid sebagai:

“Erti haidh pada bahasa ialah mengalir. Manakala erti haidh pada syara’ ialah darah semulajadi yang normal, keluar dari pangkal rahim perempuan yang telah baligh dalam keadaan sihat pada waktu tertentu.”

Berdasarkan takrif di atas, difahami bahawa darah haid itu ialah darah yang keluar pada waktu yang normal dan dalam keadaan sihat. Justeru, darah yang keluar bukan pada waktu kebiasaan yang normal dan akibat penyakit adalah bukan darah haid, dan dianggap sebagai darah fasad atau darah istihadah.

Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji, darah istihadah didefinisikan sebagai:

“Darah Istihadhah ialah darah penyakit yang keluar melalui urat di hujung rahim yang dikenali sebagai al-‘Azil.”

Kriteria yang penting untuk diambilkira daripada takrif tersebut ialah darah itu keluar pada waktu tertentu. Antara, waktu-waktu itu adalah waktu minimum, maksimum dan kebiasaan haid. Dalam mazhab al-Syafie, waktu minimum haid adalah sehari semalam. Inilah yang difatwa oleh Imam al-Syafie dalam al-Umm dan dipegang oleh para ashab.

Maksud sehari semalam itu adalah 24 jam seperti yang disebut oleh Syeikh al-Islam Zakariyya al-Ansari dalam kitabnya:

"Yakni kadar siang dan malam itu adalah 24 jam."

Tempoh keluar darah 24 jam itu boleh jadi secara berterusan, atau secara terputus-putus. Jika seorang wanita itu keluar darah haid secara putus-putus, selama 4 hari, kemudian baharulah cukup 24 jam, maka pada hari yang empat itu barulah dia dianggap berhaid 1 hari.

Kemudian jika darah terhenti sebelum datang kembali beberapa hari kemudian, tempoh berhenti darah itu, atau disebut tempoh naqa’, dianggap sebagai tempoh keluar darah haid, mengikut pendapat yang muktamad.

Manakala mengikut pendapat yang kedua dalam mazhab, tempoh naqa’ itu adalah suci dan menerima sahnya solat dan puasa yang dibuat pada waktu itu.

Syarat darah yang terputus-putus itu keluar mestilah tidak melebihi 15 hari untuk dikira sebagai darah haid. Jika lebih, maka keseluruhan darah itu adalah darah fasid, atau rosak, dan bukan darah haid.

Justeru, apabila berlalunya 15 hari tanpa cukup 24 jam darah keluar, sama ada berterusan atau putus-putus, maka jika datang darah selepas 15 hari itu hendaklah dianggap permulaan keluar darah.

Berikut kami sebutkan semua syarat-syarat untuk menjadikan tempoh naqa’ ialah waktu haid:

  • Masa naqa’ tidak melebihi 15 hari bersama dengan darah haid.
  • Masa naqa’ itu mesti termasuk di dalam himpunan tempoh haid yang tidak kurang daripada sehari semalam.
  • Masa naqa’ itu mesti lebih daripada fatrah yang adat. Fatrah ialah waktu darah tidak keluar tetapi jika dimasukkan kapas ke bahagian faraj aka nada kesan darah. Waktu fatrah adalah haid tanpa khilaf ulama.

Maka kesimpulannya, puasa wanita tersebut pada 12 hari pertama itu adalah sah. Ini kerana darah setitik dua yang keluar pada 4 dan 5 hb. Mei itu tidak cukup kadar masanya untuk dianggap sebagai darah haid kerana tidak cukup 24 jam dalam tempoh 15 hari.

Manakala darah yang keluar pada 18 hb. itu hendaklah dianggap sebagai hari baharu dan perlu menggunakan kembali kaedah di atas untuk menentukan adakah ia adalah darah haid atau darah fasid.

Ini juga kerana apabila sudah dipastikan bahawa 15 hari pertama itu bukanlah darah haid, maka tempoh minimum 15 hari suci tidak terpakai di sini.

Wallahua'lam.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 382,248 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen