Hubungan Toksik, Setia Atau Pergi?

 

Hubungan tosik bukan hanya tertumpu kepada hubungan cinta sahaja, malah ia begitu luas termasuklah hubungan kekeluargaan serta persahabatan. Hubungan sebegini sememangnya satu hubungan yang memberi tekanan emosi malah kadang kala memberi tekanan fizikal. Hubungan sebegini sememangnya agak letih untuk dipertahankan malah jika anda terus menerus libatkan diri dalam hubungan sebegini ia akan memberi kesan yang buruk kepada diri anda sendiri.

Sesetengah mereka yang terlibat dengan hubungan toksik ini bukan tidak mahu keluar dari hubungan tersebut tetapi mereka tidak tahu adakah mereka ini terlibat dengan hubungan toksik yang sebenarnya ataupun tidak. Bahkan ada juga yang takut serta tidak tahu bagaimana hendak keluar dari hubungan seperti ini.



Apakah itu hubungan toksik?

Hubungan toksik adalah hubungan tidak sihat yang susah dileraikan. Ia membuatkan anda lupa siapa diri anda dan apa yang terbaik untuk anda. Dalam beberapa kes, anda langsung tidak dapat berbincang dengan sihat dalam hubungan tersebut.

Tanda-tanda biasa hubungan toksik.

1. Menerima kritikan yang menyakitkan

Lebih dekat hubungan anda kepada seseorang, lebih besar ketidaksempurnaan yang kelihatan. Tidak salah jika kritikan membantu anda menjadi lebih baik dengan cara yang positif. Walau bagaimanapun, jika kritikan yang diberikan sentiasa bersifat menyinggung perasaan atau menghina, anda tidak perlu meneruskan hubungan itu.

2. Berhujah tanpa komunikasi

Ada kalanya konflik timbul dan pasangan mula berhujah. Itu adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, jika hujah-hujah berlaku dari masa ke masa dan mereka mengubah semua perbualan untuk menyerang anda, pasti terdapat masalah mendasari hubungan tersebut.

3. Kehilangan diri sendiri

Terima perubahan diri anda dalam hubungan jika ia membuatkan anda menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Sebaliknya, jika anda merasa seperti anda kehilangan diri dan tidak dapat mengenali siapa anda lagi, ia adalah tanda hubungan yang tidak sihat.

4. Sentiasa mengambil, tidak memberi

Sebarang hubungan di mana anda penat memberi tanpa sedikit pun penghargaan oleh pasangan boleh memberi kesan kepada diri anda. Selain itu, terdapat kes-kes apabila pasangan mengambil kesempatan atas kebaikan anda tanpa menunjukkan rasa terima kasih.

5. Kurangnya kepercayaan

Hubungan yang telah lama terbina kebiasaannya membina kepercayaan dan kesetiaan. Sebaliknya, ini tidak terjadi dalam hubungan toksik walaupun lama. Anda tidak perlu tinggal dalam hubungan tanpa kepercayaan kerana ia tidak akan ke mana-mana.

6. Kekurangan autonomi

Sesiapa sahaja dalam sebarang hubungan harus mempunyai hak untuk mengatakan tidak. Jika pasangan anda terus memainkan peranan yang dominan, memaksa anda menerima segala apa yang mereka mahukan, anda mungkin berada dalam hubungan yang toksik.

Penyelesaian untuk hubungan toksik

• Percaya pada diri sendiri

• Berbincang dengan pasangan anda secara serius

• Baiki hubungan jika boleh

• Mengenal pasti kesan hubungan ini

• Kelilingi diri anda dengan rakan-rakan positif

• Berehatlah seketika

• Mengambil minat baru

Jangan terus menyeksa diri anda dengan hubungan yang tidak bahagia seperti ini. Anda juga berhak untuk hidup bebas dan bahagia. Jangan kerana takut, dan sayang anda sanggup menjadi hamba kepada hubungan sebegini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,638 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen