Tak Nak Balik Rumah Mertua Kerana Rasa Tidak Selesa & Terasing, Cuba Hadam Perkongsian Lelaki Ini.

 

Keseronokkan untuk pulang ke kampung pasti sangat terasa terutama jika dapat pulang ke kampung yang penuh dengan kenangan masa kecil kita. Tetapi apabila sudah berkeluarga ini, jarang sekali untuk pulang ke kampung sendiri kerana kadang kala terpaksa pulang ke kampung halaman pasangan.

Bukan hanya itu sahaja, kadang kala pasangan kita tidak mahu balik ke rumah kita kerana merasakan tidak selesa bahkan di sana mereka terasa janggal sedikit. Itu yang kadang kala terpaksa mengalah dan menerima jika kali ini pun terpaksa beraya rumah mertua lagi.



Sedih hati kita ini bila dia seronok-seronok pulang ke kampung halaman dia, tanpa fikirkan kita selesa atau tidak tapi bila balik ke kampung halaman kita, masing-masing tunjuk muka yang tak senangkan hati.

Mari kita sama-sama hadam perkongsian dari Firdaus Shakirin ini, mana tahu terbuka sikit hati nak pulang ke rumah pasangan itu.

“Tak nak balik rumah mertua, tak selesa dan rasa terasing…”

Kadang-kadamg, ada yang fikir macam tu. Tak nak balik rumah mertua sebab tak selesa, rasa terasing, tak tahu nak menyembang dengan siapa, rasa macam dipulaukan, tak tahu nak buat apa, tak faham apa yang dituturkan mereka yang disebelah sana dan sebagainya…

Biasa la, habis tu takkan nak balik asing-asing setiap kali cuti perayaan atau cuti sekolah?

Setiap pasangan ada keluarga masing-masingkan? Ada kampung masing-masing. Kalau kita rasa macam tu bila balik belah dia, dia pun rasa benda yang sama bila balik belah kita. Cuma kita kena fikir satu benda, bila kita balik ke kampung isteri, dia gembira tak? Perbuatan kita tu mampu menggembirakan isteri tak? Kita bagi dia jumpa orang tua dia, adik beradik dia, balik ke rrumah yang mana dia dibesarkan…

Of coz dia suka…itu tempat asalnya…

So kita tahu atau tak untuk nak buat apa, nak sembang dengan siapa, benda-benda macam ni, kalau boleh kita bersabar dan pejam mata jap…bukannya lama…2,3 hari sahaja…cari la sesuatu untuk dibuat, baca paper ke, main dengan anak ke, berkebun ke, apa-apa saja yang bleh dibuat sepanjang duduk di rumah mertua tu…

Kalau itu dapat menggembirakan hati isteri, why not kan?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,047 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen