“Hati-Hati Cat Rumah Nak Dekat Raya Ni, Sebab Kandungan Cat Boleh Beri Kesan Buruk Pada Otak..” – Dr Rizal –

 

Nak dekat raya ni, banyak persediaan yang mahu kita lakukan. Beli baju raya baru, kasut baru, kereta baru, rumah baru dan seumpama dengannya. Malah ada juga yang mahu kelainan pada rumah sendiri sama ada ubah suai ataupun memadai dengan menukar warna sahaja.

Dalam sibuk nak pilih warna cat yang sesuai dengan rumah, perlu kita ketahui kesihatan juga perlu di jaga kerana kandungan dalam cat tersebut mampu memberi kesan buruk pada otak kita. Berikut adalah perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar

********

Salah satu tanda raya dah dekat bila orang sibuk cat rumah. Hari ini sahaja terserempak dengan 5 tuan rumah sibuk mengecat. Berpeluh peluh sambil angkat baju tayang perut.

Ada cat pagar. Ada cat dinding bahagian luar. Ada yang datang menyibuk tengok tapi tak tolong.

Satu persamaan antara pengecat ni. Semua tidak pakai penutup hidung. Tidak pakai topeng. Cat macam tu sahaja.

Ramai tak tahu cat adalah toksid kepada otak. Hidu cat berterusan boleh sebabkan kerosakn otak kekal seperti yang dilaporkan di jurnal Neurology tahun 2014.

Bayangkan rosak kekal. Maksudnya tidak dapat dibaiki lagi.

Antara cat dalam rumah atau luar rumah mana lebih bahaya? Menurut Ohio Bureau of Environmental Health cat luar rumah lebih bahaya.

Sebabnya?

Terletak pada bahan kimia di dalamnya. Antara yang selalu diguna ialah methylbenzene, benzene, ethylbenzene, Stoddard solvent dan xylene.

Dalam kajian yang dibuat pada tahun 2013 oleh Harvard School of Public Health ke atas 2143 orang, mereka dapati terdedah kepada cat ganggu sistem memori manusia. Mereka jadi mudah lupa.

Bukan itu sahaja. Gangguan juga berlaku pada berfikir. Mereka cepat “lost” ketika sedang bersembang.

Dalam kajian yang dilakukan di New Zealand, pengkaji dapati mereka yang terdedah kepada cat jadi cepat marah, cepat mengamuk dan ada masalah dengan memori dan konsentrasi mereka. Detail kajian dimuat di Neurotoxicology tahun 2016.

Jadi apa nak buat? Mudah sahaja. Kalau nak cat rumah pakai mask atau topeng. Bukan surgical mask macam orang biasa pakai naik bas. Mask khas untuk cat.

Lihat gambar ini. Yang B kena penangan. Otak mengecil. Yang A otak normal. Pilih yang mana satu kita mahu.

Image may contain: food

********

Hati-Hati Nak Cat Rumah Tu, Takut Terjatuh Pula!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,598 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen