“Kalau Dapat Suami Kaya, Jangan Cakap Suami Orang Lain Yang Tidak Bergaya Itu Malas” Sila Hadam Nasihat Ini.

 

Apabila kita lihat kekurangan pada orang lain, pasti cepat terlintas sangkaan buruk kita terhadap mereka. Tetapi, cepat-cepatlah kita bermuhasabah diri kerana apa yang kita lihat tidak sama apa yang mereka hadapi.

Kita semua mempunyai rahmat kehidupan yang berbeza, rezeki yang berbeza dan gaya hidup yang berbeza. Jangan bersangka buruk dengan kehidupan orang lain, dikala hidup kita di atas seperti perkongsian dari Puan Marlia Ramli ini…

********

Rahmat-Nya Semata-Mata.

1 - Kalau kita tidur atas tilam Vono 10 inci, jangan cakap rakan yang tidur atas toto tu pemalas.

2 - Kalau kita pandu Alphard, jangan cakap yang tunggang motor kapchai tu pemalas.

3 - Kalau kita gaji lima angka, jangan cakap yang kerja di tepi kaki lima tu pemalas.

4 - Kalau kita ada rumah banyak, jangan cakap yang tinggal menyewa tu pemalas.

5 - Kalau kita hari-hari makan beras Basmati, jangan cakap yang makan beras timbang kilo tu pemalas.

6 - Kalau kita bercuti setiap tahun ke Itali, jangan cakap yang bercuti depan TV tu pemalas.

7 - Kalau kita setakat shopping RM10,000 tu cuma geli-geli, jangan cakap yang berkira-kira RM100 tu pemalas.

8 - Kalau kita tinggal di condominium ada swimming pool, jangan cakap yang tinggal di rumah flat bertangga tu pemalas.

9 - Kalau kita minum air Coway dan Cucckoo, jangan cakap kawan yang minum air paip tidak bertapis tu pemalas.

10 - Kalau kita dapat suami kaya, jangan cakap kawan yang suaminya miskin tak bergaya tu arjuna pemalas.

Apeniii? Kita tidak tahu kawan....

Kita kerja di pejabat 8 pagi hingga jam 5. Kawan kita mungkin kerja sejak awal pagi hingga tengah malam nanti.

Kita masuk pejabat ikut time. Kawan kita mungkin nelayan kayuh sampan di lautan luas.

Kita cuma stress boss maki, kawan kita membanting tulang di sawah padi.

Kita cukup bulan keluarkan gaji, kawan kita perbaiki kasut dan gaji kais pagi makannya pagi.

Kita penat sikit MC berbayar. Kawan kita peniaga di pasar malam, bila tak kerja tak ada wang.

Kita buat business tulis-tulis kat FB masuk empat lima angka sebulan. Kawan kita buat food delivery panas hujan dapat RM100 pun dah gembira gila.

Kita cukup tahun bonus boleh beli cash sebijik Axia. Kawan kita menoreh getah di kebun dapat RM500 sebulan dah rasa teruja.

Kita suami kaya sediakan kad kredit untuk berbelanja tapi masanya tiada untuk mendengar kisah kita. Kawan kita suaminya miskin tapi susah dan senang suami sentiasa ada di sisi.

Rezeki masing-masing.

Kerja kuat tidak semestinya kaya. Kerja rajin tak semestinya kaya. Kalau kerja kuat adalah ukuran, penoreh, pesawah, tukang kasut, driver, dispatch sepatutnya lebih kaya berbanding kita.

Kawan kita dah berusaha. Dah kerja siang dan malam. Dah membanting tulang. Dah kerah segala masa juga tenaga. Dah lunyai badan berkerja.

Tapi rezeki belum menjadi hak dia. Dia miskin tapi ini tidak bermakna dia pemalas, kaki komplen dan gemar meminta-minta.

Sebab itulah Islam mewajibkan zakat. Supaya hati kita tidak terlalu bongkak. Kita tidak terlalu berbangga dengan harta yang ada. Supaya kita tahu nasib setiap manusia tidak sama.

Qarun, Firaun dan Namrud contoh manusia yang kaya gila namun tempatnya di neraka. Berjaga-jaga jangan hingga harta membuatkan kita menempah tiket untuk bersama-sama manusia durjana.

Berpada-pada bila mengeluarkan sebarang kenyataan. Jika kita kaya atau miskin bukan hanya sebab kita rajin atau pemalas. Tapi sebab sedikit usaha juga doa kita yang kerdil dan RAHMAT-NYA SEMATA-MATA.

Salam sayang dan seimbangkan harta dunia akhirat.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 382,250 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen