Pantun Untuk Meminang.

 

Pantun Untuk Meminang.

Adat meminang dilakukan oleh pihak teruna setelah mendapatkan jawaban dari pihak si dara. Setelah itu, kedua belah pihak akan bermusyawarah untuk mengadakan prosesi peminangan. Hal-hal yang dibicarakan berkisar tentang hari peminangan (pertunangan), jumlah hantaran belanja, hadiah-hadiah, serta hari perkawinan. Pantun meminang dilantunkan dalam prosesi peminangan. Pantun ini berisi kehendak hati sang teruna untuk meminang si dara, yang disampaikan dalam prosesi peminangan oleh jurucakap mereka. Sebagaimana pantun untuk merisik, pantun yang dilantunkan dalam upacara meminang juga merupakan pantun berbalas.



Isi dalam pantun untuk meminang ini hanya mencakup pantun yang dilantunkan saat kedatangan hingga lantunan pantun yang menyiratkan hasrat kehendak hati teruna untuk meminang si dara.

001. Hilir air sungai landai,
Dalam pulak paras dada,
Bukan pulak menunjukkan cerdik pandai,
Kerana hendak menyambut adat lembaga.

002. Cantik memanjat pohon ara,
Nampaknya cantik berseri laman,
Besar hajat kami tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman.



003. Budak-budak memakai senglit,
Pergi ke kedai membeli timba,
Kalau tidak jalan berbelit,
Tadi-tadi saya dah tiba.

Pantun itu kemudian dibalas oleh pihak si dara dengan menyambut kedatangan rombongan keluarga sang teruna seraya mempersilahkan mereka untuk masuk ke rumah.

004. Katang-katang berisi manik,
Manik berisi hampas padi,
Encik-encik datang silalah naik,
Inilah air pembasuh kaki.

Pihak sang teruna akan membalas pantun tersebut dengan mengungkapkan kebaikan hati pihak si dara yang menyambut baik kedatangan mereka.

005. Dari pauh ke permatang,
Tetak tengar papan kemudi,
Dari jauh kami datang,
Mendengar tuan yang baik hati.

Pihak si dara kemudian akan mempersilahkan duduk seraya berpantun:

006. Tatang puan tatang cerana,
Tatang biduk Seri Rama,
Datang tuan datanglah nyawa,
Jemputlah duduk bersama-sama.

Setelah itu, pantun berbalas akan dilantunkan hingga berakhir saat maksud dan kehendak hati sang teruna sudah tersampaikan.



Pihak lelaki:

007. Cerita pinang ceriti,
Cerana di atas papan,
Sirih kami sirih bererti,
Sukat makna baharulah makan.

Pihak perempuan:

008. Saya tidak tahu berebana,
Selisih telunjuk bertelekan,
Saya tak tahu akan makna,
Sirih diunjuk saya makan.

Pihak lelaki:

009. Rumah besar alangnya besar,
Rumah Datuk Perdana Menteri,
Kalau tidak hajat yang besar,
Kami tidak sampai datang kemari.

010. Orang mengambil siput dilubuk,
Airnya dalam banyak lintah,
Datang membaiki atap yang tembuk,
Hendak mengganti lantai yang patah.

Pihak perempuan:

011. Rimba dibakar menanam padi,
Makan berulam buahnya petai,
Jikalau sudah tulus dan sudi,
Berbantalkan bandul bertikarkan lantai.

Pihak lelaki:

012. Dari paya turun ke lembah,
Petik pinang dipilih-pilih,
Saya sudah mohonkan sembah,
Adat meminang bertepak sirih.

Pihak perempuan:

013. Teliti buah teliti,
Terletak mari di atas papan,
Tepak sirih sudah menanti,
Minta sudikan datuk makan.

Pihak lelaki:

014. Orang meracik burung tekukur,
Racik benang kait-mengait,
Sudikan datuk sirih sekapur,
Pinangnya mabuk tembakaunya pahit.



Pihak perempuan:

015. Pohon lemba di tepi bukit,
Pokok pepaya di tepi jalan,
Baik makan barang sedikit,
Supaya jangan kecewa badan.

Pihak lelaki:

016. Orang mengaji alif,
Orang membilang daripada satu,
Orang memanjat daripada pangkal,

Pihak perempuan:

017. Dalam air sungainya landai,
Habis hanyut sarang tempua,
Bukan saya menunjukkan pandai,
Saya khabarkan orang tua-tua.

Pihak lelaki:

018. Selilit pulau perca,
Selembang Tanah Melayu,
Sealam tanah Minangkabau,
Sebengkah tanah terbalik,
Sehelai akar yang putus,
Sejenang kuda berlari.

Pihak perempuan:

019. Dah patah pokok kedondong,
Ditimpa pula pokok delima,
Titah datuk saya junjung,
Hukum yang baik saya terima.

Pihak lelaki:

020. Orang menyungkur di Tanjung Jati,
Kuala Pilah darat Melaka,
Patah tumbuh hilang berganti,
Pusaka berpindah kepada kita.

Pihak perempuan:

021. Bersusun sirih gagang berkembar,
Beratur-atur berbunga tanjung,
Melintang duduk gunung Rembau,
Sebagai napuh di hujung tanjung.

Pihak lelaki:

022. Asam kandis mari dihiris,
Manis sekali rasa isinya,
Dilihat manis dipandang manis,
Manis lagi hati budinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,363 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen