Kenapa Kalau Isteri Marah-Marah, Suami Perlu Banyak Bersabar?

 

Dalam rumah tangga, pasangan suami isteri memang perlu banyak bersabar antara satu sama lain. Setelah bergelar suami isteri, kita bukan berlumba-lumba untuk menjadi suami atau isteri yang lebih baik. Ini bukan pertandingan. Tetapi kita menjadi suami atau isteri untuk melengkapi antara satu sama lain sebagai satu pasukan.

Sudah menjadi lumrah, dalam menanam sifat kesabaran, golongan wanita mahupun isteri mudah tewas kerana mereka mudah terpengaruh dengan emosi sendiri. Jadi, disini lah perana seorang suami sebagai pemimpin keluarga iaitu untuk menjadi sabar ketika isteri beremosi dan marah-marah.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman:

"Dan bersabarlah terhadap apa yang diucapkan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhilah mereka dengan cara yang baik." (Surah al-Muzzammil: 10)

Jadi, sekiranya isteri sedang marah-marah, suami perlu bersabar kerana untuk menunjukkan perbezaan pemikiran lelaki dan perempuan secara lumrahnya iaitu…

1. Untuk menunjukkan lelaki tidak melakukan sebarang perkara dengan emosi.

Secara lahiriahnya, lelaki tidak mudah kalah dengan emosi kerana lelaki bukanlah seorang yang merumitkan. Sekiranya isteri beremosi, suami juga beremosi, jadi dua-dua pihak merumitkan. Maka, dimana pasangan yang saling melengkapi itu? (seperti yang telah dinyatakan di atas)

2. Untuk menunjukkan lelaki lebih rasional daripada kaum wanita.

Untuk menjadi seorang pemimpin dan ketua, ciri-ciri asas yang perlu ada dalam diri adalah mampu berfikir secara rasional dan matang. Itu yang kita cari sekiranya mahu melantik seorang ketua dalam kumpulan atau syarikat, bukan?

Ketua yang tak rasional dan fikir ikut kepentingan sendiri dan emosi sahaja, baik tak payah jadi ketua. Itu yang sentiasa menjadi keluhan para pekerja bawahan.

Sepertimana antara daripada kata-kata Imam Ghazali: “Suami yang baik adalah suami yang boleh menahan marah ketika isterinya menjadi hilang akal”

3. Untuk menunjukkan lelaki adalah seorang pemimpin yang boleh disanjungi.

Apabila menjadi pemimpin yang  mampu berfikir rasional dan matang, secara tidak langsung isteri akan menghormati dan menyanjungi suami. Malah, dengan menjadi lebih bersabar, para isteri juga akan menjadi rasional dan tidak menghebahkan aib suami di sosial media.

Sebagaimana kisah Rasulullah SAW yang sering menasihati para suami sebagai ketua keluarga supaya melayani isteri dengan sebaik-baiknya. Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah SAW mengadu mengenai layanan buruk diterima daripada suami mereka.

Tidak kira suami atau isteri, masing-masing ada kelemahannya sendiri, jadi jangan hebahkan aib atau memperbesarkan kelemahan tersebut.

Sebagaimana Allah SWT berfirman:

"Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa: 19)

Kesimpulannya Pasangan Suami Isteri Memang Perlu Banyak Bersabar;

Diriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:

"Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."

Wallahu’alam.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,473 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen