Masalah Suami isteri Jangan Dikongsi Kepada Umum, Ia Hanya Menjatuhkan Maruah Kalian.

 

Orang kata kalau bab-bab masalah rumahtangga ini lebih baik jika diselesaikan diantara suami isteri sahaja. Jangan cuba-cuba untuk dikongsi bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Mana tidaknya, takut-takut orang yang anda berkongsi cerita itu akan menjadi batu api dalam hubungan anda.

Tidak hanya itu sahaja, perbuatan berkongsi masalah dalam rumahtangga ini juga boleh menjatuhkan maruah pasangan anda. Tidak ke rakan-rakan anda mahupun keluarga anda memandang rendah atau sinis terhadap pasangan anda.



Tapi sekarang ini ramai sahaja yang tanpa ragu-ragu berkongsi setiap masalah rumahtangga mereka kepada orang ramai walaupun kepada orang yang tidak dikenali. Mana tidaknya penggunaan media sosial yang sepatutnya memberi manfaat tetapi disalah guna.

Maka timbullah pelbagai masalah dan cerita yang kadang kala mengaibkan pasangan menajadi bahan bacaan umum sehingga mendatangkan tomahan dan hinaan terhadap kisah yang dikongsi itu.



Bukan tidak boleh untuk berkongsi tetapi pastikan anda menggunakan saluran yang betul seperti pergi ke Pejabat Agama untuk mendapatkan khidmat kaunseling dari mereka. Kita sebagai isteri atau suami ini perlu menjaga nama baik pasangan kita.

Tetapi kalau anda hendak berkongsi antara rakan anda, jangan berkongsi akan 5 perkara ini.

1. Masalah keluarga.

Setiap keluarga tidak akan lari dari masalah yang bakal menguji hubungan kekeluargaan. Tidak kiralah ia datang dari keluarga anda mahupun keluarga pasangan anda, jangan sesekali berkongsi sesame rakan anda. Terutama jika masalah tersebut melibatkan nama baik serta maruah seseorang. Ini kerana tidak mustahil bahawa masalah itu akan tersebar lagi luas dan hanya memberi impak negatif kepada anda sekeluarga.

2. Pergaduhan atau salah faham.

Hubungan suami isteri mana yang tidak akan ada salah faham atau sedikit pergaduhan. Perkara-perkara sebegini berlaku adalah untuk anda lebih mengenali pasangan anda. Tetapi itu tidak bermaksud anda perlukan seseorang untuk menceritakan setiap punca pergaduhan kepada rakan-rakan sekeliling anda. Anda perlu ingat, pergaduhan suami isteri ini biasanya tidak lama atau panjang, jadi lebih baik selesaikan sendiri berbanding berkongsi dengan orang ramai.

3. Berlaku kecurangan.

Pasangan anda bermain kayu tiga di belakang anda? Isu ini adalah satu isu yang sangat sensitive, sekiranya anda berkongsi masalah ini dengan rakan-rakan anda, hati anda yang semakin sakit dan hancur. Ini kerana, tidak mustahil rakan anda itu akan menjadi batu api dalam hubungan anda. Adalah lebih baik jika anda berkongsi dengan orang yang lebih dipercayai seperti ibu bapa anda.

4. Masa lalu.

Sebelum ini anda tidak tahu apa-apa mengenai masa lalu pasangan? Kini selepas berkahwin baru anda mengetahuinya? Setiap orang pasti mempunyai masa lalunya yang baik mahupun yang buruk. Sebenarnya adalah lebih elok jika anda tidak tahu akan masa lalu pasangan anda begitu juga dengan pasangan anda. Ini kerana, masa lalu hanya akan memburukkan lagi hubungan.

Nak-nak lagi bila anda mengetahuinya lalu berkongsi bersama orang lain, ia pasti bukan perkara yang sepatutnya dilakukan. Apa yang perlu anda lakukan adalah memilih untuk menerima masa lalu tersebut dengan hati yang terbuka.

5. Kewangan.

Ini juga termasuk hal yang sangat sensitif. Hal ini kerana, ia adalah berkaitan akan keluar masuk wang di dalam keluarga anda. Bahkan kalau anda berkongsi masalah ini kepada orang lain, ia pasti memberi pandangan serong terhadap keluarga anda. Anda lebih baik jika anda selesaikan secara baik bersama pasangan anda.

6. Hubungan di dalam bilik.

Perkara ini tersangat-sangatlah mengaibkan pasangan anda. Jangan sesekali berkongsi dengan sesiapa pun. Cuba berbincang bersama pasangan anda dan selesaikan bersamanya dengan baik.

Berkongsi itu sememangnya perkara yang baik kerana mahu melapangkan dada dan fikiran dengan masalah yang menimpa, tetapi ia bukanlah baik jika berkongsi masalah berkaitan hubungan suami isteri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,665 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen