Lelaki Ini Kongsi Tips Menghiburkan Cara Untuk Tawan Hati Bakal Ibu Mertua Pada Hari Raya Nanti.

 

Pada mereka yang baru berkenalan dengan pasangan, pasti ada pasang cita-cita untuk menziarahi keluarga si dia, kan?

Tak perlu takut, dan jadilah diri sendiri ketika bertemu dengan keluarga pasangan anda. Saudara Azizul Azli juga telah berkongsi tips yang santai dan menghiburkan untuk menawan hati bakal mertua ketika di hari raya nanti…

********

Related image

Tawan Jiwa Bakal Mertua Raya Ini?

Jika raya ini kali pertama ziarah rumah Mira Filzah gadis yang kita idamkan, jangan lupa usahakan ;

1. Jangan lupa bawak buah tangan kerumah bakal mertua.

2. Nak kasi 'best' buat bentuk hamper yang ada bunga bunga, baru bakal mertua rasa teruja.

3. Lebih hebat kalau datang pakai jubah ala ala selawat perdana. Mereka nampak iman teguh didada kita.

4. Bagi salam, hulur dan cium tangan bakal ayah mertua. Dia pasti kagum dengan kesopanan yang kita ada.

5. Sambil tunggu kuih keluarkan tasbih, mesti bakal mertua lihat dan rasa nak menangis adanya.

6. Insyallah, subhanallah dan alhamdulilah senantiasa dibibir, bila jawab soalan yang ditanya.

7. Jika ada kucing lintas. Belai kucing dengan penuh kasih sayang tanpa berbelah bagi. Dapat dukung dan lambung tinggi tinggi lebih baik lagi. Jangan lambung bakal mertua pula, ia bakal bawa bencana nanti.

8. Jika makan lemang kunyah 44 kali baru telan. Jangan gelojoh, makan pelan pelan. Ini misi nak tawan mertua dengan harapan ada diskaun hantaran :-p

9. Sesekali bukak cerita kisah anak yatim, ibu tunggal yang ditinggalkan sepi tanpa bantuan.

10. Cerita juga wawasan nak beli rumah sebelum nikah. Supaya bakal isteri cuci kaki sebelum melangkah pelamin nanti.

11. Jika perlu bangun dan lalu depan bongkokkan badan dan lalu perlahan lahan.

12. Jika ayahnya kaki pancing, ceritakan ikan air tawar dan lubuk yang pernah kita tawan.

13. Sampul duit raya untuk anak sedara dan adik adiknya jangan lupa. Paling koman warna 'merah' baru bakal mertua bukak mata.

14. Bakal mertua pasti tertawan dan menangis dengan tahap keimanan didada kita.

15. Paling dia suka, kita nak beli rumah untuk anaknya. Mesti dia rasa kita otak geliga.

16. Jika belum mampu ada kereta, sewakan saja di GoCar atau SoCar saja. Buat apa beli kalau boleh menyewa.

Salam akhir Ramadan dan kawinlah segera, ia pembuka pintu rezeki kita.

Abah Qilah

#UsahaHinggaJadiKawinDenganSiDia

#TawanHatiBakalMertuaDuluRayaIni.

#JadilahDiriSendiri

********

Selamat Mencuba Dan Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,834 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen