Ibu-Ibu, 7 Barang Ini Wajib Dibawa Pulang Ke Kampung, Barulah Selesa Sikit Walaupun Ramai-Ramai.

 

Bila cakap nak balik kampung sahaja, pasti ibu-ibu dan isteri-isteri ini nak angkut satu rumah. Mana tidaknya nak bagi keselesaan pada anak dan laki sendiri jugak. Disebabkan tak boleh nak angkut rumah mahupun almari, terdapat beberapa barang wajib dibawa pulang ke kampung.

Walaupun diperli sang suami “semua dia nak bawa”, tetapi isteri tidak kesah kerana tahu bahawa barang-barang ini akan berguna nanti. Orang kata sediakan payung sebelum hujan.

Tapi  apa-apa pun, isteri-isteri boleh ikut tips yang dikongsikan oleh Puan Hani Mynis ini. Senarai barang keperluan yang lengkap serta sangat membantu bila dikampung.



Tak sampai sepuluh hari lagi nak raya, alang-alang hani tengah pulun packing baju nak balik kampung ni, hani kongsi dulu 7 barang yang hani wajib bawa balik kampung tak kisah raya atau tak raya. Setiap kali balik kampung kena bawa. *hani dan Alif balik kampung (Shah Alam dan Seremban) dua bulan sekali.

7 barang-barang ni bukan sahaja praktikal tapi memang memudahkan urusan kitorang bila balik kampung.

Hani kongsi sekali cara hani mengemas bagasi dan barang-barang ni bila tidak digunakan ya.

Barang wajib bawa balik kampung

Hani simpan semua barang-barang yang nak dibawa balik setiap kali balik kampung dalam satu bagasi. So bila nak mengemas senang semua ada dalam tu. Takda lah melalau mencari merata rumah barang-barang ni.



Hani simpan bagasi-bagasi dan barang-barang menggunakan sistem "nesting". Maksudnya setiap barang (bekas) ada barang dalamnya. Dalam bagasi besar yang hani masukkan baju hani dan suami, ada bagasi lebih kecil untuk barang Aqil.

Tips; siapa yang belum ada bagasi, atau baru bercadang nak beli. Beli bagasi by set. Memang akan ngam-ngam masuk dlm bagasi yang lebih besar. So nak simpan senang.



Dalam bagasi kecil Aqil, ada bagasi lebih kecil khas untuk barang mekap dan mandian. Dan juga beg-beg lain yang selalu bawa untuk balik kampung seperti beg carry on ni khas untuk letak ubat-ubatan.



Ada getah sebab hani simpan baju guna sistem rolling. So kena secure dengan getah. Lagi-lagi untuk baju Aqil yang terus dipadankan dengan seluar dia.



Dalam beg bagasi kecil, ada beg mekap dan beg toiletries. Dalam bag ada bag gitu so semua ni bila dah balik rumah dari kampung ini lah rumah dorang.

Ok berbalik kepada 7 barang wajib bawa balik kampung



1. Power etaktension dan charger hp

Ni memang tak boleh tinggal sebab sangat memudahkan. Sebab kat rumah parents, power outlet limited dan kadang-kadang out of reach. Untuk rumah parents kitorang wayar 3 meter mencukupi dah. So lepas ni nak cas hp atau pasang ubat nyamuk elektrik mudah dah. Tak berebut power outlet lagi. Ni nak raya ni lagi lah power outlet laku keras sebab semua nak mengecas hp. So bawa siap-siap lah etaktension. Untuk elakkan hani terlupa nak bawa, etaktension ni memang kat sini je tempatnya. Bila dah sampai rumah etaktension ni hani simpan dalam beg bagasi juga tak keluarkan.



Usb charger untuk handphone.

Kalau untuk rumah hani ada tiga jenis hp dengan charger usb port berbeza so tiga-tiga jenis kena bawa. Kepala charger pula hani pilih yang ada tiga port supaya boleh charge hp tiga-tiga serentak. Label siap-siap kepala charger kalau tak nak ada kes terhilang.



2. Ubat nyamuk elektrik dan mat dia sekali

Ini sangat-sangat penting lagilagi kalau tempat kita nak balik kampung ialah Hotspot Denggi. Jangan lupa bawa sekali mat dia. Bawa lebih takpe.



3. Laundry basket, laundry net dan hanger.

Laundry basket ni penting sebab senang nak sort baju kita dan tak bercampur dengan baju lain. So nak basuh senang. Nak bawa ke dobi pun senang. Keberangkalian tertinggal baju kat kampung pun kurang.

Laundry net ni untuk baju raya kita yang bermanik-manik berlabuci-labuci meriah bagai tu. Kalau basuh tak guna laundry net nangis lah hahahaha. Untuk basuh innerwear juga.

Hanger untuk sangkut baju raya dan tudung yang dah siap gosok. Hani bawa 1 ketul untuk setiap sorang.



4. Plastik sampah (bonus kalau wangi)

Plastik sampah ni memang wajib bawa kalau nak balik kampung. Untuk dimasukkan pampers yang dipakai anak atau menstruation pad kita. Juga untuk diletakkan pakaian basah kalau pergi bercuti mandi manda.. So sentiasa ada ya.



5. Medical kit Aqil, pill botak, medical record

Medical kit Anak benda yang pantang tinggal. Pastikan dah restock item dalam medical kit ni sebelum balik kampung.
Pill botak pun sama. Hani suka bawa banyak-banyak macam ni sebab kadang-kadang bukan untuk kegunaan kitorang pun. Orang lain kalau tak sihat pun boleh guna hahaha Pastikan restock juga dl sebelum balik kampung.

Medical record. Kalau ibu mengandung kena bawa buku pink, kalau anak kena bawa fail medical masing-masing. Aqil punya dalam kereta so takda dalam gambar. Penting juga ni.



6. Instant - wear

Balik kampung takda ni menangis juga hani. Kardigan dan tudung sarung penyelamat situasi. Takkan 24 jam nak pakai tudung lilit-lilit. Kalau tetamu datang bertandang, terus sarung tudung instant dan kardigan. So dah ready nak terima tetamu.

Instant tudung hani dari The Souk sebab senang sarung dan tak perlu gosok (susah nak kedut). Tq Nuyu Najwa untuk tudung best ni.



7. Bantal atau toto

Ni untuk yang bawa bantal atau toto balik kampung. Masukkan dalam beg vakum dan sedut udara sampai nipis bantal dan toto supaya jimat ruang dalam bonet.

Tips: simpan satu set kelengkapan tidur seperti bantal dan toto kat rumah parent atau kampung so lepas ni tak dalah setiap kali balik nak kena bawa balik dorang ni lagi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,914 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen