Bila Teman Isteri Shopping, Ambil 5 Langkah Ini. Barulah Cepat Siap Pembelian Mereka.

 

Bila isteri ajak keluar shopping sahaja pasti ramai suami-suami diluar sana sudah mula geleng kepala. Mana tidaknya, lama jugak nak tunggu isteri-isteri ini pilih barang mereka. Kadang itu sampai dah penat duduk sampai diri semula, batang hidung si isteri masih tak nampak bayang lagi. Aihh, pening kepala ini dibuatnya.

Tidak cukup dengan itu, ada yang kata sekejap sahaja tetapi sampai dah berbuka masih belum siap lagi. Mau tak panjang muncung si suami itu.

Itu yang ramai suami-suami pilih untuk tunggu diluar atau duduk sahaja di dalam kereta. Mana tidaknya kalau diikutkan rentak si isteri itu memang penatlah jawabnyakan.

Tapi sebenarnya, apabila isteri pergi beli barang suami kena mainkan peranan utama. Barulah cepat selesai mereka ini buat pembelian bahkan anda juga tidak penat. Jika suami memberikan perhatian dan mengikuti si isteri membeli belah, barulah si isteri ini rasa dihargai macam perkongsian dari saudara Hafizul Hakim ini.



Semalam temankan bidadari shopping. Alhamdulillah tak ambik masa lama untuk pilih kasut. Perempuan ni, kalau kita nak tahu dia dah suka kat kita - kita boleh agak bila.

Tapi kalau bab pilih barang, haa ini mencabar sikit. Takde petanda bila mereka dah muktamad apa nak dibeli.

Mood mereka main peranan utama. Silap haribulan, hari tu tak beli apa pun, terpaksa cari masa lain untuk beli. Nah para suami, saya kongsi tips.



1. Jangan main henfon masa isteri pilih barang. Follow rapat-rapat belakang dia. Kalau nak jugak duduk, jangan lupa cakap:

“Sayang, take your time pilih. Saya duduk dulu.

Ada beza tau, kalau masuk kedai ko duduk terus. Nampak sangat ko tak suka. Haha!

2. Kalau isteri mintak ‘suggestion’ yang mana sesuai. Ko pilih dua design yang terbaik. Jangan lebih. Ia untuk kurangkan masa mereka buat ‘kiraan logik’ untuk buat keputusan.

Rumus orang lelaki simple, pilih satu terus pergi kaunter. Wanita, mereka mungkin guna rumus ‘advance math’.

Senang cerita, bayangkan ini momen dia setuju jadi isteri ko dulu. Haa nampak serius. Haha!

3. Kalau isteri mintak pendapat warna apa yang cantik. Tanyakan semula warna kasut mana ‘matching’ dengan majoriti kaler pakaian yang dia ada.

Lepas tu ‘jack’ lah sikit. Bagitau laa dia nampak elegan dan proffesional kalau pilih yang itu. Ko jangan pulak pakai perkataan ‘futuristik’.

Ingat dia nak beli kereta terbang kah apa?

4. Kontrol mimik muka. Elakkan mencebik. Senyum je. Aku pun tak tau nape isteri asyik pandang muka kita masa pilih barang. Haha!

5. Masa dah habis bayar, elak tanya dua soalan ni.

“Dah puas shopping?”

“Nak beli barang lain?”

Ah sudah kau.

Ini tips kalau keluar berdua. Kalau bawak anak-anak ini lagi mudah. Ko offer diri bawak anak pergi main kat tempat playground. Sebelum tu cakap kat bidadari:

“Awak shopping sendiri ye. Saya percaya yang awak pilih tu adalah yang terbaik. Macam awak pilih saya. Good luck, caiyok!”

Ko tengok dia berlalu pergi sampai tak nampak lagi. Mesti dia toleh belakang tengok ko. Masa tu buat jari simbol love yang bebudak korea selalu buat tu. Haha. So itu aje. Semoga berjaya.

“Treat her like you’re still trying to win her and that’s how you’ll never lose her.”

Begitulah.

Hafizul Hakim
Wakil Persatuan Suami Sedunia

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,991 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen