Mak Ayah Kena Peka Akan 5 Perkara Ini Jika Bawa Anak-Anak Pergi Beraya.

 

Kunjung mengunjung serta ziarah menziarahi ketika Hari Raya ini sememangnya menyeronokkan. Mana tidaknya, kita dapat eratkan silaturrahim malah dapat berjumpa dengan mereka yang sudah lama tidak berjumpa, bahkan berkongsi pelbagai cerita suka dan duka bersama-sama. Itulah perkara yang menyeronokkan setiap tahun.

Tidak hanya itu sahaja, pada ketika ini jugalah dapat kita memohon ampun dan maaf terhadap kesilapan atau keterlanjuran kata kepada suadara mara kita itu. Bila dah jumpa ramai orang, mesti macam-macam ragam tetamu yang kita dapat perhatikan. Ada yang berbesar hati untuk menerima kedatangannya lagi dan ada juga yang berat hati untuk menyambut kedatangannya di lain hari.



Selalu juga kita dengar macam-macam keluhan daripada tuan rumah yang kurang berkenan dengan perangai tetamu. Biasanya rungutan ini berpunca dari tetamu yang kurang peka terhadap adab menziarahi. Nak-nak lagi mereka yang membawa anak kecil ini, aihh pening kepala dibuatnya. Tak reti duduk diam sehingga tuan rumah terasa hati.

Untuk menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, maka kita sebagai ibu ayah ini perlu lebih alert malah lebih bijak untuk mengawal anak-anak kita. Jangan nanti sikap anak kita itu jadi viral gara-gara kita yang terlalu membiarkan.

1. Jangan masuk bilik sesuka hati

Perkara yang cukup tidak digemari dan disenangi oleh mana-mana tuan rumah sekalipun adalah dengan orang lain menceroboh masuk ke dalam biliknya. Sesetengah budak suka-suka hati masuk bilik orang dan explore itu ini. Kalau anak yang masih kecil kita mungkin fahamlah juga sebab mereka tak tahu apa-apa.

Tapi ada yang dah besar pun buat perangai begini, mesti tuan rumah rasa geram je dalam hati. Itukan dah kira private space, jadi tak sepatutnya kita masuk tanpa izin tuan rumah, walaupun saudara-mara sendiri.

Mak ayah jangan sibuk berbual banyak sangat sampai tak sedar anak dah timbulkan ketidakselesaan tuan rumah.

2. Jangan minta duit raya

Niat datang adalah untuk menziarahi bukannya datang untuk minta duit raya. Jadi sebagai mak ayah, kita kena buat anak faham bahawa pemberian duit raya adalah sesuatu yang menjadi hak tuan rumah. Kita pun kena tukar mentaliti bahawa ia bukanlah sesuatu yang wajib, dan ia bukanlah tujuan utama kita pergi menziarah antara satu sama lain.
Bahkan jangan pula anak tak minta tapi mak ayah yang sibuk minta duit raya untuk anak. Malu lah sikit.

3. Jangan guna barang tanpa izin

Perkara sebegini juga selalu terjadi, kita datang untuk menziarah bukan untuk cuba barang tuan rumah sesuka hati. Jangan ada keperluan yang mendesak mintalah izin dahulu, jangan main guna sahaja. Tuan rumah perati sahaja anda dari jauh.

Terutama jika di rumah tersebut ada mainan anak kecil atau barang perhiasan yang tuan rumah sayang. Nak sentuh ke nak pegang ke minta izin dulu, jangan main pegang aje.

4. Jangan buka sampul duit raya

Sikap anak kecil sememangnya teruja apabila mendapat duit raya. Jadi, mak ayah perlulah ajar anak-anak cakap terima kasih bukannya ajar cakap sikit sangat ini. Bagi menggelakkan anak-anak buka duit raya depan tuan rumah, lebih baik mak ayah ambil dan masukkan ke dalam poket. Barulah anak tak sibuk-sibuk nak buka depan tetamu.

5. Duduk dengan elok jangan main lari-lari.

Anak-anak sememangnya agak aktif terutama kanak-kanak lelaki, tetapi itu tidak bermakna anda boleh membiarkan mereka ini berlari sana sini tanpa halangan atau teguran. Nanti kalau terlangar barang tuan rumah dan pecah macam mana? Tak akan nak salahkan tuan rumah pula sedangkan kita ini yang tidak mahu menegur anak-anak.

Kalau rumah sendiri itu tidak mengapa tetapi jika rumah orang, kenalah tahu batas-batasnya. Didik anak untuk duduk diam di rumah orang lain. Barulah tuan rumah senang hati sahaja nak terima kedatangan anda pada tahun hadapan.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang kita perlu didik anak-anak kita ini apabila berada di rumah orang. Jangan sebab kita yang cuai anak-anak kita tidak disenangi oleh orang lain. Apabila sesuatu terjadi, bukan salah tuan rumah atau anak tersebut tetapi salah kita sebagai mak ayah yang kurang peka terhadap anak-anak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,633 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen