Isteri Adalah Jambatan Silaturrahim Antara Suami Dan Mak Ayah.

 

Isteri ini adalah penyeri rumahtangga bahkan sesame hubungan dengan ibu bapa. Sebagai seorang suami yang penuh tanggungjawab kadang kala kita begitu mudah untuk melupakan sesuatu. Kadang kala bukan sengaja tetapi ia berlaku apabila terlalu sibuk dengan kerja.

Tapi nasib baik ada isteri yang sentiasa mengingati hal-hal yang kecil bahkan hal yang kadang kala tidak difikirkan pun oleh seorang suami dan anak lelaki. Isteri ini kalau boleh nak jadi isteri serta menantu yang baik buat suaminya serta keluarga anda.

Sebab itulah dalam anda tidak kesah, atau dalam anda terlupa si isterilah yang akan mengingatkan. Si isterilah yang mengambil berat tugas anda sebagai seorang anak. Sebab itulah mereka ini dipanggil sebagai penyeri hubungan.

Sedikit perkongsian yang dikongsi oleh suadara Mohd Fhais ini akan membuat anda sentiasa menghargai isteri-isteri anda.



Saya sebenarnya sedang geram dengan isteri.

Hari tu dia bisik kat kita cakap,

"bang, kita belum buka puasa kat luar lagi, nanti buka puasa luar ye."

Saya pun jawab ok je la.

Tapi masuk ni dah 2 kali saya ajak dia berbuka di luar. Dua-dua kena reject.

Alasan dia,

"Mak dah masak banyak ni, sayang tak makan"

Mana tak geramnya, dia yang mula-mula bagi idea lepas tu kita pun dah susun masa baik-baik dia boleh reject pula.

Selidik punya selidik rupanya ada sebab dia tolak.

Sebabnya satu je, mak dan ayah tak dapat ikut berbuka di luar pada masa tersebut. Mak dan ayah tak nak ikut sebab jauh sangat tempat nak pergi tu takut tak sempat tarawih.

Langsung tak jadi nak geram.

Bertambah sayang adalah kerana isteri buat saya sentiasa ingat kat mak ayah. Kalau tak memang dah lama berdua je keluar iftar ni.

Bila di fikir-fikir balik memang setiap kali nak sambut apa-apa atau pergi mana-mana pun mesti isteri la yang akan ingat kat mak ayah sendiri serta mak ayah mertua.

Saya sendiri pun kadang-kadang lupa. Tapi isteri tidak, dia tak pernah lupa.

Kalau bukan isteri yang jadi jambatan silaturrahim antara suami dan mak ayah siapa lagi kan.

Baru saya perasan, patutlah hubungan saya dan mak ayah mertua ni dah macam hubungan anak dan mak ayah kandung. Rapat ya amat.

Ini semua berkat kita ikut cakap isteri, secara tak langsung kita dengar cakap mak ayah.

Wallahu A'lam,

Mohd Fhais
Sampai sekarang tak dapat berbuka luar dengan isteri lagi

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,275 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen