Datang Beraya Itu Elok Dah Tapi Sibuk Nak Ambil Tahu Hal Tuan Rumah Pulak.

 

Dalam kita sedang bergembira dan teruja melakukan persiapan Hari Raya, pasti ada sesetengah dari kita ini sedang berduka atau sedang bersedih. Mungkin Hari Raya kali ini tidak akan semeriah dahulu bahkan kali ini, dia terpaksa berdepan dengan ujian yang besar.

Tidak kita tahu apa yang terjadi dalam setiap jalan hidup insan lain, walaupun senyuman terukir dibibirnya tetepi hatinya sedang merintih tiada siapa yang tahu.

Walaupun tidak dapat menghulurkan bantuan, tetapi cukup sekadar memberi sokongan serta tidak mengambil tahu hal peribadinya. Biarkan dirinya cari jalan sendiri untuk pulih.

Sedikit teguran dan ingatan yang dikongsikan oleh Puan Marliya Ramli ini banyak gunanya. Ini beberapa pesanan apabila anda pergi beraya rumah orang lain, terutama mereka yang sedang berdepan dengan ujian.



Miskin Adab.

Bagi wanita yang melalui proses penceraian, ianya ibarat ditikam dada. Sakitnya ibarat mati walaupun masih bernafas. Kesedihannya teruk namun di bibir senyuman masih diberi.

Hanya insan terdekat menjadi saksi melihat. Hanya insan terdekat merasai kepedihan hati.

Tahun ni ada beberapa individu yang terdekat dengan akak menyambut raya sebagai ibu tunggal. Ya... ini raya pertama mereka sebagai ibu tunggal.

Akak tak harap banyak, akak cuma harap sedara mara yang berkunjung ziarah tidak menyibuk bertanyakan itu ini.

Masih tak tahu cara nak beradab? Meh sini akak senaraikan :

1 - elakkan menyebut segala-gala yang berkaitan dengan bekas suami beliau. Tak kiralah secara langsung atau tidak langsung.

2 - layan ibu tunggal seperti biasa. Jangan guna perkataan kesian, sedih, sepi, awan terpilu, duka lara. Mak ko ijau.

3 - bercakap isu semasa seperti cuaca, kerjaya, perniagaan, resepi kuih, memori sekolah. Jauhi dari menyentuh topik peribadi.

4 - elak bertanya anak kecil, Papa adik kat mana? Papa hilang ke? What? Jangan sampai cow dihilangkan nanti. #apeni

5 - fikir tiga kali sebelum mulut mengeluarkan sebarang soalan atau kenyataan. Fikir dan bayangkan kalau kita di tempat ibu tunggal tersebut.

6 - jangan tayang sangat kebahagiaan anda dengan suami. Ada yang memerhati dan tercalar hati.

Saudara kita sedang bersedih gais! Bersedih yang teramat sedih. Kena ingat tu!

Malang sungguh bila masyarakat masih miskin dengan adab. Masih miskin dengan kebijaksanaan. Selamba je bertanya itu ini. Mentang-mentang la bodoh tu percuma, tak perlulah cow sorang nak borong semua.

Kita selamba bercakap apa yang kita suka. Mentang-mentang la cow bahagia dengan suami. Semoga raya tahun depan cow bukan ibu tunggal lah ya...

Jangan lupa, dunia ni ibarat roda. Hanya masa menentukan nasib kita. Tik... tok.. tik.. tok...

Kurangkan bercakap. Ada benda rasa nak cakap, tak perlu cakap semua. Cukuplah biarkan hati yang berkata-kata. Diam itu berharga seperti berlian dan emas 999.

Raya adalah hari untuk kita menyambung ukhuwah. Bukan untuk membuat hati saudara rasa susah.

Tak kaya harta tak pe, tapi jangan MISKIN ADAB. Tak skolah tinggi tak pe, jangan ditayang kebodohan diri.

typo malas nak edit : cow = kau

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,609 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen