Memang Seronok Berkumpul Ramai-Ramai, Tetapi Jangan Kita Menjadi Beban Kepada Orang Lain.

 

Hari Raya ini memang seronok, mana tidaknya dapat kumpul beramai-ramai sesame adik beradik, sanak saudara, serta kawan-kawan. Nak berkumpul macam ini memang setahun sekali sahaja lah, yela pada Hari Raya sahaja masing-masing ambil cuti sekali. Kalau nak tunggu hari lain memang susahlah nak berkumpul.

Dalam keseronokkan kita itu, jangan pula kita menjadi beban kepada orang lain. Kita seronok dapat makan macam-macam tapi ada yang tidak seronok kerana terpaksa tanggung semua perbelanjaan.



Kalau dah semua adik beradik balik, tidak salah sekiranya berkongsi perbelanjaan rumah itu, jangan pula kita hanya susahkan seorang sahaja atau kita susahkan ibu ayah kita. Ibu ayah memang seronok kalau anak-anak mereka semua balik tetapi jangan pula kita menjadi beban buat mereka.

Macam perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini, jangan takut untuk bersuara mengenai perbelanjaan dapur, jangan biarkan anda tanggungnya seorang diri.

Raya ramai-ramai, dapat berkumpul smua adik-beradik memang seronok...

Ianya akan jadi TAK SERONOK kalau balik 5 family, TAPI satu family ja yang kena tanggung serba serbi perbelanjaan dapur untuk kesemua yang balik beraya di kampung tu...

Benda ni adalah sesuatu yang susah nk kita cakap pd adik-beradik kita takut diorang terasa, takut jadi bermusuh, tapi kita tetap kena cakap...

"Abang Long, kau beli kuih raya...Kak Lang, kau beli bahan-bahan buat lemang, ketupat, rendang...Kak Ngah, kau beli bahan-bahan buat nasi tomato., bihun sup...Abang Cik, kau beli kerepek, maruku..."

Atau...

"Abang, Kakak, Adik, tolong bagi sorang RM 100 atau RM 200 untuk beli ayam, daging, tulang, ikan, sayur dan kelengkapan-kelengkapan dapur dan raya yang lain-lain..."

Bayangkan 5 family, satu family 4 orang...dah hampir 20 orang satu umah...campur mak ayah kita, 22 orang... 22 orang sekali makan, bayangkan lauk banyak mana yang kita perlu beli, masak, dan hidangkan...

Modal tu, bukan biasa-biasa, banyak jugak tu yang perlu dikeluarkan... Kerje plak biasa-biasa ja, gaji tak besar mana...abang, kakak, adik smua keje hebat-hebat, balik naik Alphard, naik Honda, naik motor besar tapi nak keluar duit belanja dapur, beli barang raya,

KEMUT...SEP...

Yang keje biasa-biasa ni pulak kena tanggung diorang...maka daripada selalu makan hati ulam jantung, suarakan, pm sorangsorang untuk mintak duit barang...jangan tanggung sorang-sorang...

Kalau awak tu dah berbelanja berhabisan sebab seronok rasa meriahnya duduk beramai-ramai ni, nanti tengah bulan diorang ada nak tanya awak, cukup duit ke tak untuk hidup? Tak, hadap la sorang-sorang...korek la mana yang ada untuk hidup...

Banyak yang alami benda ni, balik beraya ramai-ramai, end up rasa terbeban sebab serba serbi kena keluar duit poket sendiri...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,275 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen