Jangan Kedekut Dengan Isteri Sendiri, Anggap Sahaja Duit Yang Diberi Sebagai Elaun Khas Untuk Mereka Cantikkan Diri.

 

Bila isteri mula minta duit belanja sahaja mulalah nak kira-kira. Bila isteri minta beli keperluannya mula kata duit tidak cukup. Sedangkan duit yang ada itu cukup untuk anak dan isteri, cuma takut kalau duit tidak cukup untuk penuhi barang sendiri.

Duit boleh dicari bahkan isteri juga boleh bantu mencari duit tetapi isteri dan anak-anak kita belum tentu akan ada yang sama dengan mereka. Isteri dan anak-anak ini lebih berharga buat anda, jadi tidak salah jika anda berkongsi wang yang ada dengan mereka ini.

Ramai yang selalu lupa bahawa isteri itu adalah jalan rezeki buat suami-suami mereka. Jadi apabila anda tidak kedekut dengan isteri maka rezeki juga begitu mudah untuk mendekati anda. Macam perkongsian dari seorang suami ini, Najmi Nawawi, pasti banyak manfaat darinya.



Jangan Kedekut Dengan Isteri.

Susah macam mana sekalipun dugaan dan cabaran kehidupan, jangan pernah kedekut pada isteri. Rugilah kalau kedekut, kerana melalui mereka juga boleh mendatangkan lebih banyak rezeki.

Kalau ada lebih, kita bagi lebih. Kalau ada kurang kita bagi ikut kemampuan. Jangan sampai tidak bagi langsung. Jangan kita kedekut untuk tunaikan apa yang isteri kita perlu.

Kalau nafkah isteri zahir dan batin terjaga, urusan rumahtangga kita pastinya akan lebih mudah diharungi dan tersulam didalamnya sinar kebahagiaan.

Isteri umpama magnet rezeki. Lagi banyak kau bagi, lagi banyak kau akan dapat kembali. Aku dah cuba, dan ianya memang betul. Jaga amanah kita sebaiknya, insyaAllah rezeki dari Allah akan lebih mudah turun pada kita.

Lagipun kau sendiri mahu isteri yang cantik sepanjang masa. Maka ketahuilah, bahawa isteri yang terjaga nafkahnya pasti akan bahagia. Seterusnya kebahagiaan ini pasti akan terzahir kembali melalui kecantikannya.

Barulah kau tidak sibuk tersengih dan tersenyum pada perempuan lain di luar sana. Sampai gigi jadi lebih lembut dari bibir, dek kerana senyuman manis kepada perempuan-perempuan di luar sana.

Isteri sendiri dilupakan, kerana kau hilang minat dan tiada hati lagi. Rugilah. Kerana isteri kau sebenarnya akan semakin cantik dari hari ke hari jika kau betul-betul jaga keperluannya.

p/s : Kau anggaplah duit yang kau bagi pada isteri umpama 'elaun khas' untuk isteri cantikkan diri. Kalau kau tak sanggup untuk beri, kau yang rugi.

Share dan sebarkan. Jika kita bersyukur dan hargai apa yang ada milik kita. Kita tidak akan peduli dengan apa yang bukan milik kita.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,161 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen