Anak Kecil Yang Suka Merengek, Ini Penyelesaiannya!

 

Penah atau tidak kita jumpa kanak-kanak yang suka merengek. Tidak kiralah anak sendiri ke, atau anak saudara mahupun anak buah pernah atau tidak kita lihat kanak-kanak seperti ini. Kalau rengekkannya sekejap mungkin boleh tahan lagi tetapi kalau makan masa berjam-jam pasti sakit telinga mendengarnya.

Jika anda berdepan dengan situasi sebegini apa yang perlu anda lakukan? Adakah anda akan memujuknya serta mengikut segala kemahuannya?

Benda yang kita boleh kategorikan sebagai paling annoying buat ibu bapa, pengasuh dan guru, adalah anak yang suka merengek. Ya Rabbi! Lagi-lagi kalau merengek tak tahu hujung pangkal atau bila masanya nak berhenti.



Situasi bertambah buruk jika ia berlaku selepas ibu bapa pulang bekerja dan dalam keadaan penat, atau jika berlaku di kawasan awam. Kita tidak mahu bertukar jadi singa di tempat awam sambil diperhati orang sekeliling.

Kanak-kanak lazimnya akan merengek setiap masa, Cuma bezanya sekejap atau lama.

Bagi mereka yang berumur bawah 2 tahun, merengek ini NORMAL. Dan kita boleh bahagikan kepada 2 kemahiran.

Kita boleh anggarkan kemahiran verbal sedang baru berkembang. Mereka mahu berkomunikasi tetapi belum lancar atau tiada kosa kata, jadi mereka lakukan melalui rengekan (whining) dan kalau teruk boleh capai tahap tantrum (mengamuk).

Kemahiran non-verbal yang mengiringi rengekan itu seperti tangisan, angkat tangan, senyum, hentak kaki dan sebagainya sudah dikuasai lebih awal.



Ingat lagi tak, ketika anak anda masih di peringkat bayi, anda boleh bezakan setiap jenis tangisan mereka. Oh, ini mesti sebab lapar nak susu. Tangisan yang kuat boleh jadi sebab perut tak selesa. Tangisan begitu pula sebab cedera atau ketakutan. Tak pun, menangis saja-saja atau manja. Hebat kan? Sebab itu sahaja medium si kecil untuk bercakap dengan orang dewasa.

Penyelesaian Untuk Anak Suka Merengek

Untuk menyelesaikannya, pertama sekali cari puncanya. Boleh jadi, anak-anak ini merengek sebab tak cukup tidur, atau mahukan mainan.

Secara umumnya, mereka mahukan perhatian. Dari kecil lagi, mereka dah buat banyak cuba jaya (trial and error). Contohnya, dengan merengek, mereka akan dapat perhatian ibu bapa. Mahu minta dukung, merengek. Mereka yakin, selepas merengek si ibu atau bapa akan berbuat demikian.

Jika si anak merengek kerana tidak tahu bagaimana mengawal emosi atau sengaja merengek, beritahu mereka dengan jelas dan tetapkan peraturan yang anda tidak akan layan selagi mereka tidak bercakap dengan betul (tidak merengek).

Kanak-kanak tidak sedar dan tidak tahu yang mereka sedang merengek. Beritahu mereka dengan jelas, yang mereka sedang merengek dan anda tidak akan bercakap dengan orang yang merengek.

Jika rengekan bertukar kepada tantrum pula, pastikan mereka tidak menyakiti fizikal mereka dan anda. Berpaling, buat-buat tidak layan dan jauhkan diri (sambil memerhati).



Mungkin mereka mengamuk di depan kita, apabila jauh mereka berhenti. Apabila kita nampak mereka berhenti, kembali kepada mereka, dan berikan pujian kerana berhenti mengamuk. Kasihan, mereka pun sudah penat.

Pada masa ini, ibu bapa perlu mengambil peluang mengajar bahasa dan kosa kata kepada mereka. Sebutkan perkataan dan bunyi sebaris dengan aras mata mereka (eye level). Pada masa yang sama, kita tenangkan mereka yang tidak keruan.

Apabila lebih banyak kosa kata dikuasai, bunyi-bunyi merengek itu akan semakin hilang.

Apabila merengek lagi, buat perkara sama. Jangan bercakap, jangan sentuh, jangan tengok pun. Apabila peraturan ditetapkan, perkara yang wajib dibuat adalah pastikan ia konsisten.

Kurangkan bertoleransi dengan peraturan. Jika tidak, ia akan dilanggar oleh si anak. Cuma harus diingatkan, walaupun namanya peraturan, bukan bermaksud kena cakap keras atau tengking-tengking ya. Cakaplah dengan penuh kasih sayang.

Jika si kecil berjaya mengikut peraturan yang menunjukkan mereka faham merengek bukan cara terbaik untuk meminta sesuatu, maka ibu boleh beri galakan atau ganjaran. Contohnya, puji, peluk, atau cium.

Di rumah, si kecil akan melihat orang dewasa sebagai contoh ikutan. Boleh jadi, ibu bapa kerap merungut (bukanlah merengek macam budak kecil). Si ibu merungut kepada si ayah, manakala si ayah merungut sambil buat kerja, dan mereka melihat perkara ini dibolehkan.

Entah-entah, ia berpunca daripada kita juga!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,519 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen