Nilai Mas Kahwin Mengikut Negeri (2019).

 

Mas Kahwin atau dipanggil mahar adalah pemberian wajib si pengantin lelaki kepada pengantin perempuan ketika berlangsungnya majlis akad nikah. Mas kahwin boleh diberikan dengan barang yang bernilai seperti emas mahupun wang ringgit, semuanya terpulang pada kemampuan dan keupayaan pengantin lelaki.

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina.”

(Hadith riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim)

Jadual dibawah menunjukkan nilai mahar adalah berbeza mengikut negeri dan sebagai panduan kepada bakal pengantin lelaki yang mahu membina masjid pada 2019.

                  Negeri

Nilai Janda (RM)

Nilai Bujang (RM)

Johor

22.50

22.50

Melaka

100.00

100.00

Negeri Sembilan

12.00

24.00

Selangor

300.00

300.00

Kuala Lumpur

40.00

80.00

Perak

101.00

101.00

Pulau Pinang

24.00

24.00

Kedah

Tiada Ketetapan

Tiada Ketetapan

Perlis

Tiada Ketetapan

Tiada Ketetapan

Pahang

22.50

22.50

Terengganu

Tiada Ketetapan

Tiada Ketetapan

Kelantan

Tiada Ketetapan

Tiada Ketetapan

Sabah

80.00

100.00

Sarawak

120.00

120.00

Labuan

80.00

80.00



Namun sedemikian, si pengantin perempuan perlu tahu bahawa mas kahwin yang sederhana mampu menolong si pengantin lelaki kelak. Usah terlalu bermewah dah bermegah kerana khuatir akan merunsingkan pengantin lelaki.

Sebagaimana dalam hadith tersebut;

Rasulullah SAW juga bersabda: “Sebaik-baik mas kahwin ialah yang lebih rendah“. (Riwayat Abu Daud)

Dan juga…

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. (Riwayat Ahmad )

Apakah Kegunaan Duit Mas Kahwin Sebenarnya?

Pemberian wajib dan ikhlas dari suami kepada isterinya yang tercinta ini adalah untuk kegunaan si isteri sahaja, dan tidak boleh digunakan untuk kegunaan bersama suami atau orang lain. Bergantung dengan bentuk pemberian tersebut.

Sekiranya wang ringgit yang dijadikan sebagai mas kahwin, si isteri boleh lah belanja untuk keperluan dirinya sendiri. Jika tidak cukup, memadai dengan menambah duit sendiri.

Sekiranya si isteri mendapat emas/dinar, ia bermaksud untuk jangka masa yang panjang dan boleh dianggap sebagai dana kecemasan. Boleh jadi sekiranya berlaku perceraian atau kematian suami, isteri masih ada harta sendiri.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,591 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen